Maksud Lambang dan Warna pada Bendera malaysia

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili
maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri
melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta
berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan
teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14
bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati
lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan
membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14
menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah
melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala
putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan
ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang,
mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1
Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

24 comments: