Sejarah Kedatangan Orang Sikh Di Tanah Melayu

7 comments

Malaysia dan Singapura merupakan dua buah negara yang menjadi tumpuan petempatan awal komuniti minority Sikh semasa pemerintahan colonial British di Tanah Melayu. Ada kalangan masyarakat yang masih belum mengenali sejarah kedatangan orang Sikh ke rantau Alam Melayu. Mengikut catatan, ada empat factor utama berlakunya penghijrahan orang Sikh Punjab India ke Malaysia.
Pemindahan para banduan Sikh dari India ke Negeri-negeri Selat merupakan factor utama permulaan process diaspora Sikh yang terawal di Tanah Melayu. Namun didapati masih ramai di kalangan Komuniti Sikh di Malaysia yang kurang senang dengan factor pertama ini.

Majoritinya berpendapat komuniti Sikh yang awal datang ke Tanah Melayu adalah sebagai anggota polis dan ma-nakala fakta sejarah kedatangan awal orang Sikh sebagai banduan politik. Dipercayai ada dua orang banduan politik Sikh yang tiba di negeri-negeri Selat. Mereka bernama Nihal Singh ( dikenali umum sebagai Bhai Maharaj Singh) dan Kharak Singh yang di buang negeri seumur hidup kerana terlibat dalam perang menentang penjajah British dalam tahun-tahun 1840-an.

Bhai Maharaj Singh meningal dunia 5 Julai 1856 di Penjara Outram Road, Singapura. Kedatangan mereka ini pula diikuti dengan banduan Sikh yang lain. Walaupun ada kumpulan banduan yang datang dari China, Sri Lanka dan Eropah dihantar ke Negeri-negeri Selat, namun majority banduan terus menerus datang dari India.
Walau bagaimanapun, pergerakan ini telah berhenti selepas tahun 1860 apabila Kerajaan India bersetuju menghentikan pemindahan banduan dari India ke Negeri-negeri Selat sebagai reaksi kepada rasa bimbang dan khuatir orang Inggeris Tempatan.

Pada 8 Mei 1873, banduan- banduan dari India telah dipindahkan ke Andaman. Banduan Sikh yang telah tamat tempoh hukuman, tidak pulang semula ke India. Sebaliknya mereka menetap di Negeri-negeri Selat.
Sungguhpun begitu, banduan Sikh di Negeri- negeri Selat pada masa itu dikatakan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan secara langsung di antara penduduk Sikh di Malaysia dan Singapura pada masa kini.
Kemudian pada tahun 1865 bermula satu lagi proses migrasi tetapi dalam bentuk yang lain iaitu penglibatan orang Sikh dalam bidang pekerjaan pasukan keselamatan dalam empayar British.

Pemerintahan British yang menyediakan bukan sahaja peluang untuk berkhidmat sebagai tentera malah member peluang berhijrah ke seluruh Empayar British. Tanah Melayu merupakan salah satu daripada pusat kedatandagan tentera Sikh, dan lainnya termasuklah di Negara seperti Fiji, Hong Kong, New Zealand, Australia dan Kanada.

Peranan Kapten James Speedy di Perak, yang membawa 95 orang Sikh, Pathan dan Punjabi-Muslim untuk menyelesaikan pertelingkahan kongsi gelap Cina pada 1870an mengenai masalah perlombongan bijih timah di Larut juga mengadakan satu permulaan awal kemasukkan komuniti Sikh di Tanah Melayu.

Pada 29 September 1873, Kapten Speedy bersama pasukannya Berjaya menyelesaikan masalah pertelingkahan orang –orang Cina di Larut Kemudian, Kapten Speedy dilantik menjadi Penolong Residen di Perak dan diarah untuk mengerah kembali seramai mungkin tentera Menteri ( Ngah Ibrahim) untuk mejadi pengawal Residensi, iaitu neklues cadangan Pasukan Polis Perak.

Pengambilan seterusnya telah dilakukan oleh Kerajaan British pada tahun 1880an untuk berkhidmat di Jelebu dan Sungai Ujang. Pada awal tahun 1877, sebuah pasukan polis bersenjata yang pertama ditubuhkan yang dikenali sebagai Perak Armed Force (PAP) berpusat di Taiping, Perak. Pesuruhjaya Polis bagi pasukan ini ialah Leftenan Paul Swinburne, seorang pagawai polis ynag berkaliber, boleh berbahasa Hindi dan Melayu.
Inilah factor yang menyebabakan Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois memilih Leftenan Swinburne sebaga Pesuruhjaya Polis PAP yang berpusat di Taiping.

Pada akhir tahun1877, terdapat lebih 300 orang Sikh yang menganggotai pasukan PAP. Orang Sikh dibawa masuk dari Punjab sejak akhir tahun 1873 juga telah membawa masuk bersama-sama agama mereka. Mereka tidak boleh dipisahkan daripada agama meraka dan berpegang teduh kepada prinsip-prinsip yang terdapat dalamnya.

Pada peringkat awal penhijrahan orang Sikh ke Perak, agama Sikh menjadi elemen penting yang meyatupadukan orang Sikh dalam pasukan PAP.

Pada 15 Mei 1884, Pasukan Polis Besenjata Negeri Perak yang mempunyai ciri-ciri tentera, yang dianggotai oleh sebahagian besar orang-orang Sikh ynag menganggap diri mereka lebih sebagai askar dari anggota polis, telah ditukarkan nama kepada First Battalion Perak Sikhs (FBPS). Jawatan Pesuruhjaya ditukarkan kepada Komandan.

Mereka kini dianggap sebagai sebahagian daripada pasukan bersenjata dengan pemeriksaaan tahunan oleh Pegawai Pemerintah Negeri-negeri Selat. Tentera Sikh Perak mengandungi tiga pasukan iaitu Pasukan Berjalan Kaki ( Infrantry), Pasukan Meriam(artillery) dan Tentera Darat yang menjalankan tugas-tugas sebagai tentera dan polis. Nisbah anggota Sikh dan Melayu dalam pasukan ini ialah 3:1.

Antara tahun1884 dan 1896, Pasukan Sikh Perak Berjaya memerangi jenayah dan membantu dari segi keanggotaan kepada mana-mana tempat yang mempunyai masalah di Tanah Melayu termasuk mengambil bahagian dalam peperangan di Pahang tahun1889 hingga 1894.

Dalam tahun 1896 Malay States Guides (MSG) pula ditubuhkan di bawah pimpinan Kolonel R.S.F Walker menggantikan pasukan FBPS. Ia ditubuhkan selepas Negeri- negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan pentadbirannya dalam persekutuan pada tahun 1896, dan markas utamanya masih lagi di Taiping, Perak.

Majoriti anggotanya terdiri dari orang-orang Sikh, Pathan dan Hindu. MSG adalah sebuah pasukan keselamatan yang penting di Tanah Melayu bertujuan menanagani sebarang masalah jika berlaku kekacauan di antara Kerajaan British dengan kuasa lain.

Kekuatan MSG terdiri dari enam kompeni bahagian meriam dengan jumlah keanggotaan seramai 900 orang. Rejimen ini boleh dikerah dan digunakan untuk membantu memperkuatkan garrison di Negeri-negeri Selat jika Peperangan berlaku.

Sebahagian Rejimen ini telah dihantar ke Singapura semasa perang dunia pertama. Mereka juga telah dihantar berkhidmat ke Aden selama lima tahun dan mengambil bahagian didalam peperangan dengan tentera Turki ! MSG telah dibubarkan pada penghujung tahun 1919.

Ramai anggotanya diserapkan ke dalam Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) dan ada sebahagian lain menceburi bidang pekerjaan lain. Pusat petempatan komuniti Sikh yang terawal di Tanah Melayu adalah di kawasan berek polis dan kawasan lombong bijih timah. Komuniti Sikh yang menganggotai MSG telah mendirikan gurdwara tempat bersembayang untuk memenuhi keperluan kerohanian dan penyatuan penganut Sikh.

Gurdwara awal di Malaysia telah dibina mengikut keperluan sesuatu kelompok pekerjaan. Gurdwara yang pertama di Tanah melayu oleh anggota polis Sikh berhampiran dengan berek-berek polis.
Misalnya di negeri Selangor, gurdwara pertama didirikan pada tahun 1890 oleh anggota polis Sikh, sementara pada tahun 1898 didirikan sebuah lagi gurdwara di Kelang dan sebuah lagi di ibu pejabat Polis High Street pada tahun 1904.

Ada juga beberapa gurdwara polis yang lain dibina di Tanah Melayu seperti Gurdwara Polis Pulau Pinang. Gurdwara Polis Ipoh, Gurdwara Polis Depot, dan Gurdwara Sahib Parlimen di Kuala Lumpur.
Pemerintahan British membenarkan orang Sikh mendirikan gurdwara sebagai pusat penyatuan komuniti Sikh. Ringkasnya penglibatan anggota Sikh dalam pasukan MSG secara tidak langsung telah banyak menyumbang dalam bidang social seperti pendidikan dan keagamaan serta politik komuniti Sikh di Tanah Melayu.
Migrasi komuniti Sikh pada awalnya juga dipengaruhi oleh factor-faktor peribadi di mana pegawai-pegawai British yang berkhidmat di Punjab dan jajahan Besatu yang lain berhasrat untuk mendapatkan khidmat anggota Sikh di Tanah Melayu.

Keberanian orang Sikh terbukti kerana mereka bukan sahaja telah berkhidmat di negeri India malah juga telah berkhidmat dalam pasukan tentera British di China, Burma dan kawasan jajahan British yang lain.
Kejayaan mereka di China dapat dilihat selepas Perjanjian Tienstin ditandatangani, dimana beberapa pasukan Sikh telah diberi “peghormataan peperangan”.

Di antara pasukan yang mendapat penghargaan ini ialah The First Sikh Cavalry dan dua rejimen infantry dari Punjab. Oleh sebab itu, orang Sikh telah memonopoli bidang pekerjaan dalam pasukan keselamatan sejak tahun 1870an hingga tahun Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
Penglibatan mereka dalam keselamatan di Tanah Melayu secara tidak langsung telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia.

Buktinya, pada 11 November setiap tahun satu perbarisan hormat akan diadakan sempena mengingati jasa- jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914 –1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa darurat (1948-1960).
Terdapat Lebih 232 nama orang yang tersemadi di Tugu Negara dan 33 dari jumlah tersebut terdiri daripada orang Sikh.

Mengikut sejarah, orang Sikh telah datang ke Sabah sejak tertubuhnya pasukan polis pada tahun 1882 ketika Syarikat Berpiagam Borneo Utara British menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo Utara (CBBU) yang dianggotai oleh majority keturunan Sikh dan Punjabi-Muslim.
Selain bidang kepolisan, orang Sikh dikenali sebagai berkhidmat wrader penjara yang terletak dibawah penguasaan Komandan CBBU.

Justeru, tekanan politik dan sosio ekonomi yang belaku di Asia juga telah menyebabkan migrasi secara besar-besaran masyarakat India dan Cina dari Negara asal mereka ke Tanah Melayu.
Komuniti Sikh juga tidak terlepas daripada masalah inin yang memaksa mereka berhijrak ke Tanah Melayu, contohnya, penduduk yang padat dari semasa ke semasa telah menyebabakan Negara menghadapi masalah ekonomi yang genting kerana tanah yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat dan sering berlaku pergaduhan antara keluarga kerana soal pembahagian tanah pusaka.

Hasil pendapatan yang diperolehi daripada tanah tersebut tidak mencukupi ditambah pula malapetaka seperti banjir dan kemarau mengakibatkan kehidupan rakyat semakin terhimpit.
Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan orang Sikh yang sanggup meningggalkan tanah air untuk berhijrah ke Tanah Melayu dengan harapan mengumpul wang untuk dibawa pulang
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, peluang pekerjaan yang luas dan dasar imigrasi yang liberal juga telah mendorong penghirahan orang Sikh ke Tanah Melayu. Faktor ini telah menyumbang kepada pertambahan semulajadi di kalangan orang Sikh yang sedia ada menetap di negara ini.

Secara keseluruhannya, tujuan asal kedatangan komuniti Sikh ke Tanah Melayu adalah bersifat sementara iaitu untuk mengumpulkan seberapa banyak wang untuk dibawa pulang. Tetapi lama-kelamaan perspektif mereka tentang kehidupan mulai berubah, untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih baik berbanding negeri asal mereka Punajb, India.

Walaupun komuniti Sikh sudah lama menetap di Malaysia, namun mereka masih mengekalkan hubungan kekeluargaan yang baik dengan sanak saudara di Punjab. Sumbangan orang Sikh dalam pasukan keselamatan di Tanah Melayu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) penting diberikan perhatian oleh masyarakat Malaysia.
Hal ini kerana keunikan mereka mengekalkan identity Sikh semasa berkhidmat dalam pasukan keselamatan merupakan satu asset sejarah yang diwarisi sejak sekian lama.











Read On

Cara Menggunakan Perkhidmatan SMS Kerajaan Malaysia

0 comments

Gerbang SMS Kerajaan my SMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.

OBJEKTIF GERBANG SMS KERAJAAN MySMS

  • Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;
  • Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama; dan
  • Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.


JENIS PERKHIDMATAN SMS
Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS termasuklah:


  • SMS Maklumat di atas permintaan (Information On Demand) - Penghantaran maklumat kepada orang ramai yang memohon. Contoh semakan status permohonan lesen, permit dan keputusan peperiksaan
  • SMS Dokumen di atas permintaan (Document On Demand) - Penghantaran dokumen kepada orang ramai yang memohon. Contoh borang permohonan jawatan kosong, tips keselamatan jalan raya dan jadual perjalanan keretapi SMS Broadcast - Penghantaran SMS hebahan dari agensi Kerajaan kepada orang ramai. Contoh notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan, hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu
  • SMS Aduan - Penghantaran SMS aduan dari orang ramai kepada agensi Kerajaan

CAJ PERKHIDMATAN SMS
Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah:

  • Caj bagi perkhidmatan yang dipohon oleh pengguna adalah RM 0.35 akan ditanggung oleh pengguna seperti pertanyaan status Pemilihan Pelatih Khidmat Negara atau semakan waktu solat dari JAKIM.
  • Caj bagi perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi Kerajaan adalah RM 0.10 akan ditanggung oleh agensi Kerajaan seperti notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan atau pemberitahuan tarikh luput lesen memandu


Untuk ahli komuniti mySMS, sila Log Masuk di sini. Log masuk dengan menggunakan no ahli atau no telefon.
Read On

Cara Semakan SMS Pinjaman PTPTN

0 comments

Kemudahan kepada peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dan pendeposit untuk mengetahui baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara cepat dan tepat dengan menggunakan telefon mudah alih. Cuma taipkan:

Untuk semakan baki pinjaman pendidikan anda:
PTPTN PINJAMNOKP NOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654
dan hantar ke 33199

Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPNNO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986
dan hantar ke 33199

Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPINNOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636
dan hantar ke 33199

Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:
PTPTN LEGALNOKPNOPIN
dan hantar ke 33199

Untuk semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN:
PTPTN UJRAH
Contoh: PTPTN UJRAH 720222025402 25344
dan hantar ke 33199

Untuk semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di PTPTN:
PTPTN WPP
Contoh: PTPTN WPP 800917085428
dan hantar ke 33199
Read On