Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

0 comments
Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

 Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Baru Malaysia

Nilai Muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
Logam Nikel Loyang Bersalut Kuprum Nikel Loyang Keluli Tahan Karat Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm) 22.65 20.60 18.80 17.78
Berat (gram) 5.66 4.18 2.98 1.72


Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)

Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan..


50 Sen - Salur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.

20 sen – Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
10sen baru Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

10 Sen – Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
5sen baru Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke

5 Sen – Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk Bank Negara.
Read On

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54

0 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua umat Islam di Malaysia dan Seluruh dunia serta tidak lupa juga ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54" buat negara kita yang tercinta, Malaysia.

Sebagai masyarakat yang berwarganegara Malaysia, kita tentu mempunyai banyak sebab untuk melahirkan rasa bangga dan penuh kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bukan saja aman damai, makmur sejahtera, malah penuh aneka budaya yang membentuk satu perpaduan serta gagasan 1 Malaysia.

Sepanjang 54 tahun negara menyambut kemerdekaan, banyak sebenarnya yang boleh kita banggakan terhadap produk serta pencapaian anak-anak tempatan baik di dalam negara mahu pun di mata dunia. Pertembungan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan kita sebuah negara berbilang bangsa yang cukup menarik serta unik. A very truly Asia. Mungkin ada kalanya sukar untuk kita bertoleransi dalam beberapa hal, namun kita masih mampu bersatu dan menjadi Satu Malaysia sepertimana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barangkali kita tidak akan mampu menilai erti kemerdekaan dalam konteks yang sebenarnya sepertimana masyarakat terdahulu. Namun, cukuplah kalau kita sekadar mampu menghargai perjuangan mereka, menyayangi negara dan berbangga menjadi anak Malaysia.
Read On

Apa Itu Politik Permuafakatan

0 comments
Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel .

Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969. Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.

Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain.

Seterusnya pula adalah Kuasa veto. Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.

Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan. Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.

Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental iaitu di mana setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk kaum yang di wakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya. Melalui kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.
Read On