Perdana Menteri Malaysia Keenam

1 comments

YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Keluarga

Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Pendidikan

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya Politik

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

  • 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
  • 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
  • 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
  • 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
  • 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
  • 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
  • 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : Wikipedia

Read On

Simbol-simbol Parti Politik Malaysia

0 comments


PARTI LIBERAL
DEMOKRATIK - SABAH


PARTI REFORMASI NEGERI
(STAR)


PARTI BARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA
(AMIPF)


PARTI PEKERJA-PEKERJA
MALAYSIA


PARTI DEMOKRATIK
MALAYSIA (MDP)


BARISAN JAMAAH ISLAMIAH SEMALAYSIA (BERJASA)


PARTI PUNJABI
MALAYSIA


PARTI KONGRES
PENYATUAN MASYARAKAT


PARTI PUSAKA BUMIPUTERA
BERSATU SARAWAK (PBB)


PARTI KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)


PARTI DEMOKRATIK SETIAHATI KUASA RAKYAT BERSATU SABAH (SETIA)


PARTI BARISAN RAKYAT
SABAH BERSEKUTU (BERSEKUTU)
Federation Sabah People Front Party



PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK ( SPDP )


Read On

Nombor Telefon Dan Alamat Menteri Besar Negeri

1 comments
Menteri Besar Perlis

Y.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu

Pejabat Menteri Besar Perlis,
Bangunan Ibu Pejabat Kerajaan,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9761000
mb_perlis
Menteri Besar Kedah

YB Dato' Seri Haji Azizan Bin Abdul Razak

Pejabat Menteri Besar Kedah,
Wisma Darul Aman,
Jalan Tunku Bendahara,
05502 Alor Setar, Kedah.
Tel : 04-7301957
mb_kedah
Ketua Menteri Pulau Pinang

Y.B. Lim Guan Eng

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
Tingkat 28, KOMTAR,10502 Pulau Pinang.
Tel : 04-2623366
km_penang
Menteri Besar Perak

Y.B. Dato' Dr. Zambry Abd. Kadir
Pejabat Menteri Besar Perak,
Jalan Istana, 30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531957
mb_perak
Menteri Besar Selangor

Y.B. Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5591957
mb_selangor
Menteri Besar Negeri Sembilan

Y.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
70502 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-722311
mb_negerisembilan
Ketua Menteri Melaka

Y.B. Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam

Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Bangunan Seri Negeri, Jalan Hang Tuah,
75502 Melaka
Tel : 06-223355
km_melaka
Menteri Besar Johor

Y.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman

Pejabat Menteri Besar Johor,
Tingkat 1, Bangunan Sultan Ibrahim
80250 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2244148
mb_johor
Menteri Besar Pahang

Y.B. Dato' Sri Adnan bin Yaakob

Pejabat Menteri Besar Pahang,
Wisma Sri Pahang, 25502 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-522349
mb_pahang
Menteri Besar Terengganu

Y.B. Dato' Ahmad Bin Said

Pejabat Menteri Besar Terengganu
Tingkat 16, Wisma Darul Iman,
20502 Kuala Terengganu,Terengganu
Tel : 09-6231957
MB trengganu
Menteri Besar Kelantan

Y.B. Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Tingkat 1 & 2, Blok 1, Kota Darulnaim,15502 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7481957
mb_kelantan
Ketua Menteri Sarawak

Y.B.Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud

Pejabat Ketua Menteri,
Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-441957
sarawak
Ketua Menteri Sabah

Y.B. Datuk Musa bin Haji Aman

Pejabat Ketua Menteri Sabah,
Jabatan Ketua Menteri,
Tingkat 28, Bangunan Yayasan Sabah,
88502 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-429588
km_sabah
Read On