Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua umat Islam di Malaysia dan Seluruh dunia serta tidak lupa juga ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54" buat negara kita yang tercinta, Malaysia.

Sebagai masyarakat yang berwarganegara Malaysia, kita tentu mempunyai banyak sebab untuk melahirkan rasa bangga dan penuh kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bukan saja aman damai, makmur sejahtera, malah penuh aneka budaya yang membentuk satu perpaduan serta gagasan 1 Malaysia.

Sepanjang 54 tahun negara menyambut kemerdekaan, banyak sebenarnya yang boleh kita banggakan terhadap produk serta pencapaian anak-anak tempatan baik di dalam negara mahu pun di mata dunia. Pertembungan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan kita sebuah negara berbilang bangsa yang cukup menarik serta unik. A very truly Asia. Mungkin ada kalanya sukar untuk kita bertoleransi dalam beberapa hal, namun kita masih mampu bersatu dan menjadi Satu Malaysia sepertimana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barangkali kita tidak akan mampu menilai erti kemerdekaan dalam konteks yang sebenarnya sepertimana masyarakat terdahulu. Namun, cukuplah kalau kita sekadar mampu menghargai perjuangan mereka, menyayangi negara dan berbangga menjadi anak Malaysia.

0 comments: