Senam Seni 1Malaysia


Tahukah anda apa itu Senam Seni 1 Malaysia? Senam Seni Malaysia ialah senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang dilakukan termasuk aspek pemanasan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan singkat. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.

Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman. Ia amat baik untuk mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dan mengharmonikan masyarakat Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum di dalam aktiviti berkenaan.

Aktiviti fizikal berdasarkan seni dan tarian rakyat memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan penghayatan seni budaya tempatan. Senam Seni Malaysia telah membuktikan kesenian tradisional rakyat boleh diguna pakai dalam apa jua perkara.

Modul Senam Seni Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum di negara ini diadunkan menjadi elemen senaman selama 30 minit. Ia turut dihasilkan dalam bentuk video cakera padat (VCD), dan dijual dengan harga RM10.

0 comments: