Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Pembuatan

Petronas
Perbadanan minyak Malaysia ditubuhkan 17 Ogos 1974 dan diberi nama Petronas. Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum , Petronas telah diberi hak, kuasa , kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi ntuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum.


Naza
Kumpulan Naza dikenali antara pengedar automotif dan pembangunan hartanah, mula beroperasi pada 1975. Kumpulan Naza diterajui oleh SM Nasimuddin SM Amin yang juga merupakan pengasas kumpulan ini. Kumpulan Naza juga merupakan pemegang francais untuk pengeluar kereta Korea Selatan, Kia untuk pasaran di Malaysia. Naza juga mengeluarkan Naza Ria dan Naza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren.

Kumpulan Naza mengeluarkan Naza Sutera (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006 dan juga Naza Bestari (berasaskan model Peugeot 206) pada Mei 2006.


Panasonic Malaysia
Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Company (Malaysia) Berhad. Aktiviti utama syarikat ini adalah mengilang, mengusaha dan memasarkan barangan elektrik pengguna seperti perkakasan rumah, bateri dan komponen-kompenen berkaitan. Syarikat beroperasi bukan sahaja di Malaysia tetapi di Jepun, Asia Timur dan Tengah dan negara-negara lain.


Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu Sarawak

Kompleks gas asli cecair (LNG) berharga RM 16.6 billion kepunyaan Petronas yang terletak di Bintulu, Sarawak, ialah kompleks LNG bersepadu terbesar di dunia pada masa ini.

Ia dibina di atas tanah kawasan seluas 223 hektar dan juga menduduki tanah yang dimiliki oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu seluas 82 hektar bagi menyediakan kelengkapan untuk operasi pemunggahan dan perkapalan .


Proton
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Kilang PROTON terletak di Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor dan di Tanjung Malim, Perak.


Inokom
Inokom Corporation Berhad adalah syarikat pengilangan kenderaan komersial ringan dan kenderaan penumpang bersaiz sederhana. Inokom Atos, Inokom Gets dan Inokom Matrix adalah model yang dijenamakan semula dari Hyundai Atos, Getz dan Matrix.

Kenderaan penumpang ini dipasarkan oleh Hyundai-Berjaya yang dimiliki oleh Hyundai Motor Company dan Berjaya Group. Berjaya Group mempunyai 35% pemilikan dalam Inokom sementara Persumals (M) Sdn. Bhd mempunyai 30% dan Hyundai Motor Company of South Korea dan Renault (SA) masing-masing memiliki 15% pemilikan.


Modenas

Inokom Corporation Berhad adalah syarikat pengilangan kenderaan komersial ringan dan kenderaan penumpang bersaiz sederhana. Inokom Atos, Inokom Gets dan Inokom Matrix adalah model yang dijenamakan semula dari Hyundai Atos, Getz dan Matrix.

Kenderaan penumpang ini dipasarkan oleh Hyundai-Berjaya yang dimiliki oleh Hyundai Motor Company dan Berjaya Group. Berjaya Group mempunyai 35% pemilikan dalam Inokom sementara Persumals (M) Sdn. Bhd mempunyai 30% dan Hyundai Motor Company of South Korea dan Renault (SA) masing-masing memiliki 15% pemilikan.


DRB Hicom
DRB-HICOM Berhad adalah integrasi syarikat automotif terbesar di Malaysia dengan operasi pengilangan, pemasangan dan pemasaran kenderaan komersial dan penumpang. Selain daripada perusahaan automatif, DRB-HICOM juga terlibat di dalam bidang Hartanah dan Pembangunan Infrastuktur dan Perkhidmatan.

Pada awalnya, ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai The Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad(HICOM). Kepesatan pertumbuhan dan pada tahun 1996 bergabung dengan Diversified Resources Berhad(DRB) membentuk konglomerat terbesar di Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui syarikatnya Khazanah Nasional Berhad mempunya 10.56% pemilikan di dalam DRB-HICOM.


Perodua
Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Automobil Kedua".

0 comments: