|
Showing posts with label Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Pembuatan. Show all posts
Showing posts with label Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Pembuatan. Show all posts
Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Pembuatan0 comments
Petronas
Perbadanan minyak Malaysia ditubuhkan 17 Ogos 1974 dan diberi nama Petronas. Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum , Petronas telah diberi hak, kuasa , kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi ntuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Naza Kumpulan Naza dikenali antara pengedar automotif dan pembangunan hartanah, mula beroperasi pada 1975. Kumpulan Naza diterajui oleh SM Nasimuddin SM Amin yang juga merupakan pengasas kumpulan ini. Kumpulan Naza juga merupakan pemegang francais untuk pengeluar kereta Korea Selatan, Kia untuk pasaran di Malaysia. Naza juga mengeluarkan Naza Ria dan Naza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren. Kumpulan Naza mengeluarkan Naza Sutera (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006 dan juga Naza Bestari (berasaskan model Peugeot 206) pada Mei 2006. Panasonic Malaysia Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Company (Malaysia) Berhad. Aktiviti utama syarikat ini adalah mengilang, mengusaha dan memasarkan barangan elektrik pengguna seperti perkakasan rumah, bateri dan komponen-kompenen berkaitan. Syarikat beroperasi bukan sahaja di Malaysia tetapi di Jepun, Asia Timur dan Tengah dan negara-negara lain. Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu Sarawak Kompleks gas asli cecair (LNG) berharga RM 16.6 billion kepunyaan Petronas yang terletak di Bintulu, Sarawak, ialah kompleks LNG bersepadu terbesar di dunia pada masa ini. Ia dibina di atas tanah kawasan seluas 223 hektar dan juga menduduki tanah yang dimiliki oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu seluas 82 hektar bagi menyediakan kelengkapan untuk operasi pemunggahan dan perkapalan . Proton PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut. Kilang PROTON terletak di Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor dan di Tanjung Malim, Perak. Inokom Inokom Corporation Berhad adalah syarikat pengilangan kenderaan komersial ringan dan kenderaan penumpang bersaiz sederhana. Inokom Atos, Inokom Gets dan Inokom Matrix adalah model yang dijenamakan semula dari Hyundai Atos, Getz dan Matrix. Kenderaan penumpang ini dipasarkan oleh Hyundai-Berjaya yang dimiliki oleh Hyundai Motor Company dan Berjaya Group. Berjaya Group mempunyai 35% pemilikan dalam Inokom sementara Persumals (M) Sdn. Bhd mempunyai 30% dan Hyundai Motor Company of South Korea dan Renault (SA) masing-masing memiliki 15% pemilikan. Modenas Inokom Corporation Berhad adalah syarikat pengilangan kenderaan komersial ringan dan kenderaan penumpang bersaiz sederhana. Inokom Atos, Inokom Gets dan Inokom Matrix adalah model yang dijenamakan semula dari Hyundai Atos, Getz dan Matrix. Kenderaan penumpang ini dipasarkan oleh Hyundai-Berjaya yang dimiliki oleh Hyundai Motor Company dan Berjaya Group. Berjaya Group mempunyai 35% pemilikan dalam Inokom sementara Persumals (M) Sdn. Bhd mempunyai 30% dan Hyundai Motor Company of South Korea dan Renault (SA) masing-masing memiliki 15% pemilikan. DRB Hicom DRB-HICOM Berhad adalah integrasi syarikat automotif terbesar di Malaysia dengan operasi pengilangan, pemasangan dan pemasaran kenderaan komersial dan penumpang. Selain daripada perusahaan automatif, DRB-HICOM juga terlibat di dalam bidang Hartanah dan Pembangunan Infrastuktur dan Perkhidmatan. Pada awalnya, ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai The Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad(HICOM). Kepesatan pertumbuhan dan pada tahun 1996 bergabung dengan Diversified Resources Berhad(DRB) membentuk konglomerat terbesar di Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui syarikatnya Khazanah Nasional Berhad mempunya 10.56% pemilikan di dalam DRB-HICOM. Perodua Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Automobil Kedua".
Subscribe to:
Comments (Atom)
Arkib Seminggu
Maklumat Berguna
Fakta Menarik Tentang MalaysiaTentang Jalur GemilangSenarai Perdana Menteri MalaysiaMaksud Bendera NegeriSenarai Menteri Di Setiap Negeri
1) Menteri Besar Johor 2) Menteri Besar Kedah 3) Menteri Besar Kelantan 4) Menteri Besar Negeri Sembilan 5) Menteri Besar Pahang 6) Menteri Besar Perak 7) Menteri Besar Selangor 8) Menteri Besar Terengganu 9) Menteri Wilayah Persekutuan 10) Ketua Menteri Melaka 11) Ketua Menteri Pulau Pinang 12) Ketua Menteri Sabah 13) Ketua Menteri Sarawak
Maksud Jata Negeri
1) Jata Negeri Johor 2) Jata Negeri Kedah 3) Jata Negeri Kelantan 4) Jata Negeri Melaka 5) Jata Negeri Pahang 6) Jata Negeri Perak 7) Jata Negeri Perlis 8) Jata Negeri Pulau Pinang 9)Jata Negeri Sabah 10) Jata Negeri Selangor 11) Jata Negeri Sembilan 12) Jata Negeri Serawak 13) Jata Negeri Terengganu
Lagu Dan Lirik Negeri
1) Lagu Dan Lirik Negeri Johor 2) Lagu Dan Lirik Negeri Kedah 3) Lagu Dan Lirik Negeri Kelantan 5) Lagu Dan Lirik Negeri Melaka 6) Lagu Dan Lirik Negeri Pahang 7) Lagu Dan Lirik Negeri Perak 8) Lagu Dan Lirik Negeri Perlis 9) Lagu Dan Lirik Negeri Pulau Pinang 10) Lagu Dan Lirik Negeri Sabah 11) Lagu Dan Lirik Negeri Sarawak 12) Lagu Dan Lirik Negeri Selangor 13) Lagu Dan Lirik Negeri Sembilan 14) Lagu Dan Lirik Negeri Terengganu
Lirik Lagu-lagu Patriotik
1) Negaraku 2) Tanggal 31 3) Malaysia Berjaya 4) Tegakkan Bendera Kita 5) Kami Anak Malaysia 6) Di Hari Penghabisan 7) Bumi Malaysia 8) Jalur Gemilang 9) Dirgahayu Tanahair Ku 10) Fikirkan Boleh 11) Ilham Pujangga 12) Kemegahan Negaraku 13) Keranamu Malaysia 14) Malaysia Baru 15) Malaysia Berjaya 16) 1Malaysia
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan MalaysiaTokoh-tokoh MalaysiaPejuang KemerdekaanDownload Lagu Patriotik
Detik KemerdekaanPencapaian Malaysia Setelah MerdekaDengar Radio OnlinePuisi Dan Sajak1 Malaysia
Tinggalkan Mesej Anda Di Sini |



