MyKad

0 comments
MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

Fungi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad. Dulunya digelar Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK), kad ini mempunyai satu cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya. Contohnya adalah maklumat biometrik (cap jari / imbasan iris), lesen memandu, PKI, duit MEPS, Touch 'n Go, kad ATM, maklumat kesihatan serta maklumat pasport.

Projek MyKad ini diuruskan oleh lima agensi kerajaan, semuanya mempunyai kemudahan mencapai maklumat dalam kad tersebut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - jabatan utama
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan Imigresen

MyKad adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun. Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kadnya apabila diminta boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM 3,000 dan RM 20,000 atau kedua-duanya sekali. Kad ini harus diperbaharui pada umur 18 tahun.

No Kad Pengenalan

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

Read On

Senarai Raja Permaisuri Agong Malaysia

0 comments
  1. Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
    31 Ogos 1957 - 1 April 1960
  2. Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
    14 April 1960 - 1 September 1960
  3. Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
    21 September 1960 - 20 September 1965
  4. Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
    21 September 1965 - 20 September 1970
  5. Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
    21 September 1970 - 20 September 1975
  6. Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
    21 September 1975 - 30 Mac 1979
  7. Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
    26 April 1979 - 25 April 1984
  8. Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
    26 April 1984 - 25 April 1989
  9. Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
    26 April 1989 - 25 April 1994
  10. Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
    26 April 1994 - 25 April 1999
  11. Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman
    26 April 1999 - 21 November 2001
  12. Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
    13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
  13. Tuanku Nur Zahirah
    13 Disember 2006 -
Read On

Senarai Projek Mega Malaysia Mengikut Tahun

0 comments
1957 - 1963
  • Stadium Merdeka
  • Empangan Klang Gates
  • Stadium Negara
  • Bangunan Parlimen Malaysia
  • Muzium Negara
1963 - 1970
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
  • Masjid Negara
  • Tugu Negara
  • Lebuhraya Timur-Barat
  • Angkasapuri
1971 - 1980
  • Projek Pembangunan Luar Bandar di bawah Dasar Ekonomi Baru termasuk:-
    • Pelancaran FELDA
    • Pelancaran FELCRA
    • Wilayah di Kedah (kecuali Pulau Langkawi) (KEDA)
    • Wilayah di Pulau Pinang (PERDA)
    • Kelantan Selatan (KESEDAR)
    • Terengganu Tengah (KETENGAH)
    • Pahang Tenggara (DARA)
    • Johor Tenggara (KEJORA)
  • Stesen Satelit Bumi Kuantan
  • Empangan Temenggor
  • Lebuhraya Karak
  • KOMTAR Pulau Pinang
1980 - 1990
  • Lebuhraya Utara-Selatan
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Empangan Kenyir
  • Kompleks Dayabumi
  • Penggalian petroleum dan gas oleh Petronas di Kerteh, Terengganu
  • Stesen Janakuasa Sultan Ismail di Paka, Terengganu
1991 - 1999
  • Saluran paip gas Semenanjung
  • KTM Komuter
  • Sistem Transit Bersepadu Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Menara Berkembar Petronas
  • Menara Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Koridor Raya Multimedia
  • Empangan Bakun
  • Laluan Kedua Malaysia-Singapura
  • Kompleks Sukan Negara
  • Penggandaan gerabak dan pengelektrikan laluan tren Rawang-Ipoh
  • Menara Alor Star
  • Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)
2000 - Sekarang
  • Laluan Kereta Api Ekspres
  • Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir
  • Gerbang Selatan Bersepadu
  • Lebuhraya Pantai Timur
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • Penang Monorail
  • Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura
  • Projek Pembangunan Johor Selatan di bawah Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) atau Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region).
  • Projek kereta api dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
  • Lebuhraya Pantai Barat
  • Projek Pembangunan Koridor Utara di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
  • Projek Pembangunan Pantai Timur di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
  • Projek Pembangunan Sabah di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC)
  • Projek Pembangunan Sarawak Tengah di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)
Read On