Susu 1Malaysia

0 comments

Program Susu 1Malaysia yang akan dinikmati lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.
Read On

Klinik 1Malaysia

0 comments

Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, 50 buah klinik 1Malaysia telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah .

Sebanyak 48 daripada 50 buah klinik 1Malaysia telah beroperasi. Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

OBJEKTIF KLINIK 1MALAYSIA

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

SKOP PERKHIDMATAN

* Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
* Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
* Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
* Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
* Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

MASA OPERASI

Tujuh hari seminggu
10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)

BAYARAN

Warganegara -RM1
Bukan Warganegara - RM15

Senarai Klinik 1 Malaysia

1. Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar, Perlis
2. Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,Kedah
3. Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim,kedah
4. Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong,Pulau Pinang
5. Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth,Pulau Pinang
6. Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang
7. Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara, Bayan Lepas,Pulau Pinang
8. Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam,Pulau Pinang
9. Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan,Perak
10. Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah,Perak
11. Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping,Perak
12. Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh,Perak
13. Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya,Selangor
14. Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya]],Selangor
15. Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong,Selangor
16. Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam,Selangor
17. Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves,Selangor
18. Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan,Kuala Lumpur
19. Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam
20. Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati,Kuala Lumpur
21. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, Kepong,Kuala Lumpur
22. Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak,Kuala Lumpur
23. Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan
24. Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan
25. Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai,Negeri Sembilan
26. Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam,Melaka
27. Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil,Melaka
28. Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah,Melaka
29. Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai, Johor
30. Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai,Johor
31. Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru,Johor
32. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru,Johor
33. Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang,Johor
34. Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan,Pahang
35. Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan,Pahang
36. Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh,Pahang
37. Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang,Terengganu
38. Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu,Terengganu
39. Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman,Terengganu
40. Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Bharu,Kelantan
41. Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok,Kelantan
42. Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas,kelantan
43. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau,Sabah
44. Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang,Sabah
45. Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan,Sabah
46. Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu,Sabah
47. Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu,Sarawak
48. Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching,Sarawak
49. Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri,Sarawak
50. Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu,Sarawak
Read On

Taska 1Malaysia

1 comments

Kerajaan menyediakan 40 Taska 1Malaysia yang diurus Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu wanita memperolehi penjagaan bayi berkualiti dan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

Tujuan penubuhan Taska 1 Malaysia:

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Keistimewaan Taska
- Modul pembelajaran awal (play school)
- Aktiviti kognitif, fizikal, bahasa, pergerekan kreatif
- Mengikut spesifikasi JKM
- Pengasuh terlatih & bertauliah lulusan JKM
- In-Door Playground yang selamat
- Sudut bacaan khas dan sudut binaan
- Rekod Perkembangan kanak-kanak
- Menu makanan berzat
- Keselamatan kanak-kanak diutamakan
Read On

Batik 1 Malaysia

0 comments

Kraftangan Malaysia buat pertama kalinya memperlihatkan rekaan batik 1Malaysia yang telah diperkenalkan kepada umum pada program 1Malaysia di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka. Ia bakal dijadikan pakaian acara rasmi, kempen serta majlis 1Malaysia. Batik 1Malaysia menampilkan empat corak batik yang terdiri daripada masing-masing satu kemeja serta dua baju kurung dan dua kebaya.

Batik 1Malaysia telah direka oleh pereka pakaian, Nazarii Maarus dengan mengetengahkan cetusan idea Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Beliau mengambil masa sebulan untuk menghasilkannya. Rekaan itu dihasilkan dengan menggabungkan kaum-kaum yang ada di negara ini iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak.

Nazarii yang terlibat dalam bidang rekaan sejak 26 tahun lepas, menggabungkan kesemua elemen itu dengan diperlihatkan menerusi motif songket, paisley, bulu merak, pua kumba, bunga pioni dan bunga kapas. Lima elemen warna digunakan iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih.


Keindahan Corak Batik 1Malaysia

Kehalusan rekaan corak batik diolah bermotifkan kebudayaan dan warisan empat masyarakat dominan dan utama di Malaysia. Motif awan larat yang sering terdapat pada batik dan tenunan songket mewakili kaum Melayu. Daun paisley dan bulu merak pula melambangkan kemegahan budaya kaum India. Sementara itu, bagi kaum Cina, bunga pioni dan bunga kapas menghiasi fabrik itu. Gabungan lima warna iaitu merah, biru, hitam, kuning dan putih pula menonjolkan elemen bangsa Malaysia. Selain itu, motif kain tenun pua kumbu, iaitu tekstil warisan nenek moyang masyarakat Iban, juga tersemat dalam rekaan batik tersebut.


Penggunaan warna terang seperti merah dan biru yang dijalinkan bersama warna kelabu dilihat sebagai suatu yang memberi kelainan. Turut disediakan adalah selendang yang dipenuhi dengan corak bermotifkan bunga raya. Lebih manis, busana wanita tersebut boleh disempurnakan penampilannya dengan aksesori tambahan klasik seperti kerongsang, anting-anting atau rantai labuh.

Walaupun tidak perlu memakai aksesori sarat, namun disebabkan bajunya polos, tidak pelik jika anda ingin menggayakan aksesori yang lebih glamor. Tambahan pula, tiada sebarang jahitan manik dilakukan untuk menambah perincian busana itu. Ia bergantung kepada kreativiti pemakainya, sama ada untuk menambah sedikit manik di bahagian leher mahupun pergelangan tangan. Setiap potongan baju tersebut telah dijahit sedondon dengan kemeja lelaki.

Angka satu (1) yang jelas tertera di bahagian dada, pilihan warna juga mewakili semua warna yang terdapat pada bendera Malaysia yang digabungkan dengan elemen kaum di negara ini iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak.

Bagi menyemarakkan lagi pemakaiannya, digalakkan memakai batik 1Malaysia untuk semua program yang membabitkan 15 jabatan di bawah kementerian. Semua pengusaha batik turut serta mengeluarkan rekaan yang mencerminkan identiti 1Malaysia kerana yakin fesyen tersebut mampu menarik perhatian masyarakat. Orang ramai boleh mendapatkan Batik 1Malaysia dari pusat-pusat jualan Karyaneka pada harga antara RM50 hingga RM100 bergantung kepada jenis kain.
Read On

Senam Seni 1Malaysia

0 comments

Tahukah anda apa itu Senam Seni 1 Malaysia? Senam Seni Malaysia ialah senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang dilakukan termasuk aspek pemanasan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan singkat. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.

Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman. Ia amat baik untuk mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dan mengharmonikan masyarakat Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum di dalam aktiviti berkenaan.

Aktiviti fizikal berdasarkan seni dan tarian rakyat memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan penghayatan seni budaya tempatan. Senam Seni Malaysia telah membuktikan kesenian tradisional rakyat boleh diguna pakai dalam apa jua perkara.

Modul Senam Seni Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum di negara ini diadunkan menjadi elemen senaman selama 30 minit. Ia turut dihasilkan dalam bentuk video cakera padat (VCD), dan dijual dengan harga RM10.
Read On

Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)

0 comments

Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan melonjakkan ruang pemilikan rumah untuk rakyat
Lokasi: Presint 11, Putrajaya.
Pemaju: Putrajaya Holding Sdn Bhd.
Bilangan Unit: 560 unit apartment.
Saiz: 93.46 meter x 75.72 meter.
Bilangan bilik: Tiga bilik tidur, dua bilik air.
Harga: RM120,000 seunit.
Kemudahan: Dewan serbaguna, surau, lot perniagaan dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Syarat Pembelian:
1. Pembeli kali pertama dan perlu mendiami rumah tersebut.
2. Pinjaman sehingga 105 peratus (termasuk liputan kos insurans dan yuran guaman) daripada institusi kewangan terpilih dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun.
3. Pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun.
4. Pembeli mempunyai pilihan menggunakan sebahagian daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menampung bayaran balik pinjaman.
5. Duti setem dikecualikan.
Read On

Meja Bulat Online 1Malaysia

0 comments

Sesetengah idea dan cadangan yang dibangkitkan dalam dialog Meja Bulat Online 1Malaysia mungkin digunakan bagi merumuskan dasar-dasar kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata idea-idea itu mungkin digabungkan dalam Belanjawan akan datang yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.

Katanya dengan ini kerajaan akan dapat merasakan denyut nadi rakyat sebagai satu daripada manfaat dalam dialog meja bulat online. "Harap dapat digunakan sesetengah idea-idea, cadangan dan maklum balas yang dapat (dikemukakan dalam forum online)," katanya dalam ucapan aluan pada dialog Meja Bulat Online 1 Malaysia yang pertama dengan para pakar pelbagai bidang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 28 Julai 2011.

Turut hadir dalam dialog itu ialah Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar, bekas pemain bola sepak Serbegeth Singh, personaliti televisyen Aznil Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan personaliti televisyen Lisa Surihani.
Najib berkata dengan pembabitan personaliti yang disanjung tinggi, ia menyediakan peluang untuk mendapatkan penyertaan rakyat kerana perjalanan untuk mentransformasikan Malaysia memerlukan sokongan.

"Kita perlukan mereka untuk memahami dan menghargai apa yang amat bermakna kepada kami untuk mengubah Malaysia dan ia merupakan aspek penting bagi mendapatkan penyertaan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Najib berkata ia merupakan perbincangan yang sangat produktif dengan tokoh-tokoh ikon dan mereka telah memberi banyak cadangan untuk dipertimbangkan.
"Kita akan cuba respons dengan sewajarnya. Mereka juga mahu terlibat dalam proses seterusnya juga. Sebaik saya dapat cadangan mereka yang khusus, kita akan pertimbangkannya.
"Sebagai contoh, Shebby Singh telah memberikan laporan mengenai "Bagaimana Kita Boleh Menyemai Gaya Hidup Sihat di Peringkat Sekolah. Jadi, saya akan bawa kepada kementerian yang sepatutnya bagi pembangunan sukan.

"Dan mereka dari industri musik telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai bagaimana para penghibur di negara ini tidak diberi ganjaran, hampir tidak mendapat ganjaran. Ini merupakan beberapa perkara yang perlu kita tangani," katanya.
Read On

Kedai Rakyat 1Malaysia

0 comments

Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.

Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.

Kami berharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.

Lihat Senarai Produk Kedai Rakyat 1Malaysia : Klik Sini
Read On

Menu Rakyat 1Malaysia

0 comments

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Menu Rakyat 1 Malaysia di premis ”Q” Bistro Nasi Kandar di sini hari ini. Program bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian rakyat. Selain itu juga ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama dalam suasana kenaikan harga barangan global sekarang.

Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga RM2 bagi pakej sarapan dan RM4 bagi makan tengah hari. Ia boleh dikunjungi di seluruh Malaysia. Kepada para pengusaha kedai makan yang berminat untuk turut serta dalam program itu boleh memaklumkan kepada kementeriannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui pejabat cawangan negeri masing-masing. Apabila restoran mereka sudah didaftarkan di bawah program Menu Rakyat 1Malaysia,  pihak kementerian akan menyenaraikan restoran serta menu mereka yang ditawarkan di portal Pengguna 1Malaysia Bijak.

Lihat Senarai Gerai atau kedai makan yang terlibat : Klik Sini
Read On

Amanah Saham 1Malasia (AS 1Malaysia)

0 comments
Nama Tabung:  AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
Jenis: Pendapatan

Kategori: Ekuiti

Tarikh Pelancaran: 31 Julai, 2009

Objektif :
Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Pelabur Sasaran
Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

Kelayakan Warganegara Malaysia.
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).

Pengurus Pelaburan: Permodalan Nasional Berhad
Read On

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)

0 comments


Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa.
Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah KIR1M akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling.

'Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.Kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu. KIR1M akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.

kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak.
Selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di KR1M bagi memudahkan orang ramai berbelanja.
Read On

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

0 comments

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)
1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian.
Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak.
3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000.
3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar.
6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.
7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja.
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Read On