Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Pembangunan Infrasruktur

1 comments
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.



Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di bandaraya Shah Alam, yang boleh memuatkan 24,000 pada satu-satu masa, adalah yang masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga mempunyai menara tertinggi dan kubah rumah ibadat yang terbesar di dunia. Kubahnya mempunyai ketinggian 106.7m pada puncaknya dan bergarispusat sepanjang 51.8m. Masjid ini siap dibina pada 11 Mac 1988.


Kereta Api Tanah Melayu Berhad
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (Malayan Railway Administration), ia kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Bhd atau KTMB) kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. KTM menawarkan 2 jenis perkhidmatan, KTM Antarabandar dan KTM Komuter.


Projek Lebuhraya Utara Selatan
Lebuh Raya Utara-Selatan adalah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi sembilan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer.

Lebuh raya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.


Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. Dibuka pada 1996, menara ini menampilkan rekabentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direkabentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn Bhd dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman.


Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional


Kereta Kabel Genting Skyway
Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 6 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di daerah Sepang, Selangor, 50 kilometer dari Kuala Lumpur adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998, ia juga merupakan hab utama bagi Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Cogan katanya lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" . Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.


Wetland Putrajaya
Wetland Putrajaya yang terletak di pinggir pusat pentadbiran baru Malaysia adalah taman paya air tawar buatan yang terbesar di kawasan tropika. Di samping berperanan sebagai pusat pendidikan, riadah dan eko-pelancongan, taman ini berfungsi sebagai sistem kawalan banjir dan penampung sistem penapisan air semulajadi bagi keseluruhan 600 hektar Tasik Putrajaya. Lebih dari 70 spesies tanaman paya dan 24 spesies ikan air tawar telah dibiakkan di taman ini.


Sistem Transit Rel Ringan PUTRA

Sistem transit rel ringan PUTRA yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem yang meliputi laluan sejauh 29km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32km pada tahun 2000.


Kompleks Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Malaysia yang indah dan mengkagumkan dibina khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Kompleks Sukan Negara ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan.

Kawasan utama Kompleks Sukan Negara terdiri dari tiga bangunan sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 100,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Putra. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.


Lalian Kedua Malaysia - Singapura

Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), ialah sebuah rangkaian jambatan lebuh raya yang menghubungkan Johor, Malaysia dengan Singapura. Lebuh raya sepanjang 44 kilometer itu menghubungkan bandar Senai di utara hingga ke sempadan Malaysia-Singapura iaitu di Tuas. Ia dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Laluan Kedua ini telah dibuka secara rasminya pada 18 April 1998.


Intana Budaya
Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 dan proses penubuhannya dimulakan pada tahun 1971 oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Pada tahun 1994 pula, perancangan pembinaan bangunan Panggung Negara(sebelum dikenali sebagai Istana Budaya) bermula.Proses pembinaannya dimulakan pada tahun 1995 dan tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1998, Panggung Negara berpindah ke premis barunya yang terletak di Jalan Tun Razak. Pada bulan Mei 1999 menyaksikan logo Istana Budaya dilancarkan dan pada 15 September 1999, Istana Budaya yang dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara telah dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed.


Putrajaya
Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 dan proses penubuhannya dimulakan pada tahun 1971 oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Pada tahun 1994 pula, perancangan pembinaan bangunan Panggung Negara(sebelum dikenali sebagai Istana Budaya) bermula.Proses pembinaannya dimulakan pada tahun 1995 dan tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1998, Panggung Negara berpindah ke premis barunya yang terletak di Jalan Tun Razak. Pada bulan Mei 1999 menyaksikan logo Istana Budaya dilancarkan dan pada 15 September 1999, Istana Budaya yang dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara telah dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed.


Litar F1 Sepang
Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba di dunia yang diberi penghormatan untuk memasukkan logo F1 di dalam nama rasminya. Litar canggih yang menggabungkan teknologi senibina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia ini boleh menampung 130,000 penonton, termasuk 30,000 di anjung utama dwi-hadapan. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia.


Masjid Wilayah Persekutuan
Masjid Wilayah Persekutuan ini terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dibina di atas kawasan seluas 13.4 hektar (33 ekar). Keluasan masjid adalah kira-kira 47,000 meter persegi.

Masjid empat tingkat ini mampu menampung jemaah sebanyak 17,000 jemaah dalam satu masa. Masjid yang unik dan pelbagai fungsi ini, direkabentuk sebagai pusat keagamaan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti sosial selain sebagai rumah ibadat bagi umat Islam.


KLIA Ekspres
KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api laju ekspres tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd.

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada 14 April 2002 menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL.


KL Monorail
KL Monorail adalah perkhidmatan monorel dalam bandar yang menghubungkan bahagian utara dan pusat bandar Kuala Lumpur. Ia merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran membeli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perkhidmatannya di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Ia dikendalikan KL Monorail Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik KL Infrastructure Group Bhd.


Pusat Konvensyen Antarabangsa
Malaysia mempunyai pusat konvensyen yang bertaraf dunia seperti Kuala Lumpur Convention Centre dan Putrajaya Convention Centre(PCC). Pusat-pusat konvensyen ini telah banyak menghoskan tetamu penting termasuk Ketua-ketua Negara Luar dan Ketua-ketua Kerajaan.

Pada tahun 2006, Putrajaya Convention Centre telah menjadi pusat persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Kuala Lumpur Convention Centre bakal menghoskan World Congress on Information Technology(WCIT) pada tahun 2008 nanti.


Lebuhraya Pantai Timur
Lebuh raya Pantai Timur (LPT) merupakan lebuh raya 4 lorong dua hala yang menghubungkan Karak di Negeri Pahang dan seterusnya ke Chendering di Negeri Terengganu melalui Kuantan. Lebuh raya Pantai Timur sepanjang 338 km akan menjadi penghubung darat dari kawasan Lembah Koridor Pantai
Barat ke koridor Pantai Timur.

Pembinaan lebuh raya ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang 169 km bermula dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ada sekarang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan dan berakhir di sempadan Pahang - Terengganu iaitu Jabur telah dibuka pada 1 Ogos 2004. Manakala Fasa 2 yang bermula dari Jabur, Bukit Besi, Ajil sehingga Chendering di Terengganu sedang dilaksanakan.


Terowong Laluan SMART
Terowong SMART, terowong dwifungsi pertama di dunia yang mempunyai Terowong Jalan dan Terowong Pengurusan Banjir. Terowong SMART ini adalah merupakan kejayaan kejuteraan yang mengagumkan, di mana ia menggabungkan dua tingkat bagi Terowong Jalan di atas Terowong Laluan Air yang mana kesemuanya ini dibina di bawah jalan raya yang sibuk, dengan geologi yang tidak dapat diduga dan berhampiran bangunan-bangunan pencakar langit.Terowong Laluan SMART akan menyediakan laluan alternatif ke Bandaraya KL kepada 200,000 pengguna yang menggunakan Jalan Sungai Besi yang selalu sesak. Projek SMART bernilai RM1.9bilion ini adalah usahasama oleh MMC-Gamuda JV untuk Kerajaan Malaysia.


Gerbang Selatan Bersepadu
Gerbang Selatan Bersepadu merupakan projek nasional yang dilaksanakan
oleh kerajaan dan dikendalikan oleh JKR Malaysia. Projek tersebut terletak di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di kawasan seluas 43 hektar. Projek ini melibatkan pemindahan Kompleks Pemeriksaan Kastam, dan Kuarantin (CIQ) ke kompleks baru, penggantian tambak dengan jambatan jalanraya dan jambatan keretapi serta pembinaan infrastruktur yang berkaitan pada kadar 'fast track'.

Projek bernilai RM2.5 bilion ini dijangka akan menjadi sebuah mercu tanda pintu masuk antarabangsa, penyelesaian masalah kesesakkan lalulintas di Johor Bahru dan membawa pelbagai manfaat kepada negara.


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Kompleks ini merupakan kompleks mahkamah terbesar di dunia yang baru
dibina di Jalan Duta, Kuala Lumpur yang akan menempatkan mahkamah
jenayah, mahkamah sivil, mahkamah perdagangan dan Mahkamah Rayuan dan
Bahagian Kuasa-kuasa Khas.

Kompleks bernilai RM300 juta itu mengandungi 77 mahkamah dengan 30
Mahkamah Tinggi, 21 Mahkamah Sesyen dan 26 mahkamah Majistret di kawasan seluas 12 hektar. Empat dari Mahkamah Tinggi itu dikhususkan sebagai mahkamah keluarga bukan Islam.

Kompleks itu mempunyai fasiliti termoden seperti kemudahan bagi saksi
memberi keterangan tanpa perlu berhadapan dengan tertuduh, dan bagi
tujuan keselamatan maksimum, CCTV akan dipasang di sepanjang kaki lima
mahkamah.

Terdapat juga sebuah pusat bisnes dan pusat rehat dan rekreasi bagi
kakitangan mahkamah serta mini park dengan fasiliti untuk kanak-kanak
dan dewasa.
Read On
Read On

Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Pembuatan

0 comments
Petronas
Perbadanan minyak Malaysia ditubuhkan 17 Ogos 1974 dan diberi nama Petronas. Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum , Petronas telah diberi hak, kuasa , kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi ntuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum.


Naza
Kumpulan Naza dikenali antara pengedar automotif dan pembangunan hartanah, mula beroperasi pada 1975. Kumpulan Naza diterajui oleh SM Nasimuddin SM Amin yang juga merupakan pengasas kumpulan ini. Kumpulan Naza juga merupakan pemegang francais untuk pengeluar kereta Korea Selatan, Kia untuk pasaran di Malaysia. Naza juga mengeluarkan Naza Ria dan Naza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren.

Kumpulan Naza mengeluarkan Naza Sutera (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006 dan juga Naza Bestari (berasaskan model Peugeot 206) pada Mei 2006.


Panasonic Malaysia
Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Company (Malaysia) Berhad. Aktiviti utama syarikat ini adalah mengilang, mengusaha dan memasarkan barangan elektrik pengguna seperti perkakasan rumah, bateri dan komponen-kompenen berkaitan. Syarikat beroperasi bukan sahaja di Malaysia tetapi di Jepun, Asia Timur dan Tengah dan negara-negara lain.


Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Bintulu Sarawak

Kompleks gas asli cecair (LNG) berharga RM 16.6 billion kepunyaan Petronas yang terletak di Bintulu, Sarawak, ialah kompleks LNG bersepadu terbesar di dunia pada masa ini.

Ia dibina di atas tanah kawasan seluas 223 hektar dan juga menduduki tanah yang dimiliki oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu seluas 82 hektar bagi menyediakan kelengkapan untuk operasi pemunggahan dan perkapalan .


Proton
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Kilang PROTON terletak di Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor dan di Tanjung Malim, Perak.


Inokom
Inokom Corporation Berhad adalah syarikat pengilangan kenderaan komersial ringan dan kenderaan penumpang bersaiz sederhana. Inokom Atos, Inokom Gets dan Inokom Matrix adalah model yang dijenamakan semula dari Hyundai Atos, Getz dan Matrix.

Kenderaan penumpang ini dipasarkan oleh Hyundai-Berjaya yang dimiliki oleh Hyundai Motor Company dan Berjaya Group. Berjaya Group mempunyai 35% pemilikan dalam Inokom sementara Persumals (M) Sdn. Bhd mempunyai 30% dan Hyundai Motor Company of South Korea dan Renault (SA) masing-masing memiliki 15% pemilikan.


Modenas

Inokom Corporation Berhad adalah syarikat pengilangan kenderaan komersial ringan dan kenderaan penumpang bersaiz sederhana. Inokom Atos, Inokom Gets dan Inokom Matrix adalah model yang dijenamakan semula dari Hyundai Atos, Getz dan Matrix.

Kenderaan penumpang ini dipasarkan oleh Hyundai-Berjaya yang dimiliki oleh Hyundai Motor Company dan Berjaya Group. Berjaya Group mempunyai 35% pemilikan dalam Inokom sementara Persumals (M) Sdn. Bhd mempunyai 30% dan Hyundai Motor Company of South Korea dan Renault (SA) masing-masing memiliki 15% pemilikan.


DRB Hicom
DRB-HICOM Berhad adalah integrasi syarikat automotif terbesar di Malaysia dengan operasi pengilangan, pemasangan dan pemasaran kenderaan komersial dan penumpang. Selain daripada perusahaan automatif, DRB-HICOM juga terlibat di dalam bidang Hartanah dan Pembangunan Infrastuktur dan Perkhidmatan.

Pada awalnya, ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai The Heavy Industries Corporation of Malaysia Berhad(HICOM). Kepesatan pertumbuhan dan pada tahun 1996 bergabung dengan Diversified Resources Berhad(DRB) membentuk konglomerat terbesar di Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui syarikatnya Khazanah Nasional Berhad mempunya 10.56% pemilikan di dalam DRB-HICOM.


Perodua
Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Automobil Kedua".
Read On

Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Ekonomi

0 comments
Pelaburan Asing Dan Domestik
Pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan telah membawa kesan positif ke atas jumlah pelaburan asing dan tempatan. Pada tahun 2006 jumlah pelaburan asing dan tempatan telah mencecah RM 40 billion iaitu penambahan sebanyak kira-kira 60% berbanding tahun 2001.

Peningkatan yang mendadak ini melambangkan kestabilan dan perkembangan ekonomi yang berjaya menarik keyakinan pelabur asing dan tempatan. Keyakinan ini adalah atas dasar pemulihan ekonomi yang tepat oleh kerajaan Malaysia setelah krisis ekonomi pada tahun 1997.


Keluaran Dalam Negeri Kasar
Ekonomi Malaysia terus mengekalkan pertumbuhan pada suku keempat 2007 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar berkembang sebanyak 7.3 peratus pada asas tahunan disokong oleh pertumbuhan global yang mampan dan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

Unjuran kenaikan satu peratus KDNK itu sejajar dengan pengembangan dalam kapasiti produktif berikutan pengukuhan pemulihan pembentukan modal.


Pendapatan Purata Perkapita
Kualiti hidup semua rakyat Malaysia dijangka terus meningkat dalam dekad akan datang, demikian menurut laporan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). Perdapatan per kapita benar akan bertambah melebihi lima peratus setahun berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Disebabkan kadar kemiskinan berada di tahap rendah, kerajaan akan menumpukan perhatian kepada meningkatkan pendapatan isi rumah terutama bagi kumpulan 30 peratus terendah.


Rancangan Malaysia
Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana sebelumnya.


Eksport
Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka menggalakkan dengan eksport kasar berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah dagangan dijangka melepasi satu trilion ringgit buat pertama kalinya.
Read On

Pencapaian Malaysia Setelah Merdeka - Teknologi

0 comments
Malaysia Institution For Nuclear Tecgnology
MINT ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.


MIMOS
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System - MIMOS) ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.


Malaysia East Asia Satellite
MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.


Koridor Raya Multimedia
Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia perkembangan MSC.


7 Aplikasi Perdana (e-Government)
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini.

Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagaiguna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.


Technology Park
Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian.

Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.


ASTRO
Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.


Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB

Pada 1999, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah wanita pertama dari negara membangun yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berpejabat di Vienna. Beliau adalah pelajar jurusan fizik di University of Otago pada tahun 1970an di bawah Rancangan Colombo, dan merupakan wanita pertama yang berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fizik dari universiti tersebut.


Kad Pintar My Kad

MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan "firewall" dan platform cip yang selamat.


Pusat Konvensyen Antarabangsa
Malaysia mempunyai pusat konvensyen yang bertaraf dunia seperti Kuala Lumpur Convention Centre dan Putrajaya Convention Centre(PCC). Pusat-pusat konvensyen ini telah banyak menghoskan tetamu penting termasuk Ketua-ketua Negara Luar dan Ketua-ketua Kerajaan.

Pada tahun 2006, Putrajaya Convention Centre telah menjadi pusat persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Kuala Lumpur Convention Centre bakal menghoskan World Congress on Information Technology(WCIT) pada tahun 2008 nanti.


myGovernment
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
Read On