Malaysia Ke-10 Negara Berdaya Saing

1 comments
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, kedudukan Malaysia di dunia telah masuk dalam senarai 10 negara yang paling kompetitif di dunia selepas krisis kewangan dan krisis ekonomi. Kalau sebelum ini Malaysia berada dalam kedudukan 18 daripada 58 buah negara di dunia.

Malaysia melonjak 8 anak tangga untuk menghuni antara 10 negara paling kompetitif di dunia. Tahniah….Jikalau mahu dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain seperti Belanda, Denmark, Austria mahupun Jerman, Malaysia hanya sebuah negara membangun. Kedudukan bagi negara paling kompetitif di dunia dilihat daripada beberapa faktor termasuklah :

1. Kemasukan pelaburan luar
2. Dasar kerajaan yang pragmatik
3. Risiko ketidakstabilan politik risiko rendah (persekitaran)
4. Infrastruktur

Kalau sebelum ini Amerika merupakan negara paling kompetitif di dunia. Tetapi tidak untuk sekarang. Amerika telah jatuh ke kedudukan ketiga di dunia. Kedudukan Malaysia di dunia dari segi tahap kompetitif semestinya membantu dalam menarik lebih banyak pelaburan swasta dan FDIS.
Negara-negara Harimau Asia seperti Singapura dan juga Hong Kong telah meruntuhkan tembok dan kekebalan Amerika sebagai sebuah negara paling kompetitif di dunia.

Senarai 10 Negara Paling Kompetitif di Dunia.
1. Singapura
2. Hong Kong
3. Amerika Syarikat
4. Switzerland
5. Australia
6. Sweden
7. Kanada
8. Taiwan
9. Norway
10. Malaysia

IMD World Competitiveness Yearbook (WCY) adalah merupakan suatu badan yang berpusat di Lausanne, Switzerland cukup terkenal dalam memberikan laporan tahunan kedudukan daya saing negara mengikut indeks daya saing sejak 1989
Read On

20 Fakta Menarik Tentang Malaysia

1 comments
Sempena bulan kemerdekaan ini, mari kita mengimbau kembali sejarah Malaysia dan kemerdekaannya. Bukannya untuk mengajar subjek Sejarah kepada anda tetapi hanya ingin berkongsi 20 fakta menarik tentang Malaysia yang mungkin anda juga sudah tahu tetapi apa salahnya kita sama-sama mengimbau kembali sejarah negara kita sendiri.

Berikut adalah senarai 20 fakta menarik mengenai Malaysia yang saya kira semua rakyat Malaysia patut tahu:

1. Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

2. Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu.

3. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 hb Feb, 1956.

4. Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

5. Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.

6. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950. Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

7. Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.

8. Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.

9. Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura.Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao.

10. Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.

11. Nasi Kandar, sejenis masakan tersohor di kalangan penduduk Malaysia sekarang pada asalnya dibawa masuk ole pendatang India Muslim di mana yang terbaik adalah di Pulau Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan masakan tersendiri. Antara kedai-kedai nasi kandar tersohor ialah di Flet Kampung Melayu, di Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan bertentangan dengan Pasar di Jelutung.

12. Waktu tempatan di Malaysia telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada tahun 31 hb Disember, 1930, waktu tempatan telah dipercepatkan sebanyak 0 minit untuk memanjangkan waktu siang; pada 1 hb September, 1941, ianya ditambah lagi 10 minit. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun, waktu di Malaya telah dipercepatkan kedepan sebanyak 2 jam untuk disamakan dengan waktu di Jepun. Tahun 1945, ianya telah diundur balik 2 jam seperti pada tahun 1941.dan pada 1 hb Januari, 1982, waktu di Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia sebagai waktu standard Malaysia.

13. Kota Bharu merupakan tempat bermulanya Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. Pendaratan tentera Jepun melalui darat bermula di Singora, Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya menggunakan basikal (istilah – Bicycle Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana ia merupakan Pusat ke terpenting dalam Empayar British selepas London) dan berjaya menaklukinya.

14. Landasan keretapi pertama dibina di Malaya adalah di antara Port Weld (sekarang – Kuala Sepetang) ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya sepanjang 13.6km.

15. Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000. Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.

16. Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14 hb November, 1957.

17. Tahukah anda bahawa tarikh asal untuk penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah pada 31 hb Ogos, 1963. Namun apabila tarikh tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai, penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16 September, 1963. Walau bagaimanapun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah mengisytihar merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu 2 minggu lebih awal daripada tarikh penubuhan yang ditetapkan.

18. Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis.

19. Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet Loy di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka.Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun. Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun.

20. Melaka digelar sebagai Bandar Melaka Bersejarah kerana mempunyai banyak peninggalan sejarah daripada penjajahan Portugis dan Belanda seperti:A’ Famosa – Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.Gereja St. Paul – Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan “Our Lady of The Hill”.Antara hasil peninggalan sejarah yang lain ialah Bukit Cina, Patung St Francis Xavier, Porta de Santiago, Bangunan Stadhuys (Peninggalan Belanda), Kota St John, Perigi Hang Li Po dan banyak lagi.
Read On