Bendera Malaysia

Bendera Malaysia berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu tetapi
telah diubahsuai dengan menambah bilangan jalur dan pecahan bintang dari 11
kepada 14 bagi menunjukkan jumlah negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
telah melahirkan sebuah gagasan baru iaitu Malaysia pada 16 September 1963.
Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk
melambangkan lahirnya Malaysia pada tarikh tersebut.



Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, jalur-jalur dan
bintang pecah masih dikekalkan tanpa adanya sebarang pindaan. Jalur yang ke 14
adalah mewakili Persekutuan bagi menggantikan Singapura. Bilangan 14 pada jalur
dan pecahan bintang tersebut kekal hingga ke hari ini.

0 comments: