Jata Negeri Sabah




Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah

0 comments: