|
Showing posts with label Tun Hussien. Show all posts
Showing posts with label Tun Hussien. Show all posts
Perdana Menteri Malaysia Ketiga0 comments![]() Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan". Kehidupan Peribadi Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya Datin Halimah Hussein. Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Singapura dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi. Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor. Kerjaya Politik Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan oleh ayahandanya. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur. Sumber : Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)
Arkib Seminggu
Maklumat Berguna
Fakta Menarik Tentang MalaysiaTentang Jalur GemilangSenarai Perdana Menteri MalaysiaMaksud Bendera NegeriSenarai Menteri Di Setiap Negeri
1) Menteri Besar Johor 2) Menteri Besar Kedah 3) Menteri Besar Kelantan 4) Menteri Besar Negeri Sembilan 5) Menteri Besar Pahang 6) Menteri Besar Perak 7) Menteri Besar Selangor 8) Menteri Besar Terengganu 9) Menteri Wilayah Persekutuan 10) Ketua Menteri Melaka 11) Ketua Menteri Pulau Pinang 12) Ketua Menteri Sabah 13) Ketua Menteri Sarawak
Maksud Jata Negeri
1) Jata Negeri Johor 2) Jata Negeri Kedah 3) Jata Negeri Kelantan 4) Jata Negeri Melaka 5) Jata Negeri Pahang 6) Jata Negeri Perak 7) Jata Negeri Perlis 8) Jata Negeri Pulau Pinang 9)Jata Negeri Sabah 10) Jata Negeri Selangor 11) Jata Negeri Sembilan 12) Jata Negeri Serawak 13) Jata Negeri Terengganu
Lagu Dan Lirik Negeri
1) Lagu Dan Lirik Negeri Johor 2) Lagu Dan Lirik Negeri Kedah 3) Lagu Dan Lirik Negeri Kelantan 5) Lagu Dan Lirik Negeri Melaka 6) Lagu Dan Lirik Negeri Pahang 7) Lagu Dan Lirik Negeri Perak 8) Lagu Dan Lirik Negeri Perlis 9) Lagu Dan Lirik Negeri Pulau Pinang 10) Lagu Dan Lirik Negeri Sabah 11) Lagu Dan Lirik Negeri Sarawak 12) Lagu Dan Lirik Negeri Selangor 13) Lagu Dan Lirik Negeri Sembilan 14) Lagu Dan Lirik Negeri Terengganu
Lirik Lagu-lagu Patriotik
1) Negaraku 2) Tanggal 31 3) Malaysia Berjaya 4) Tegakkan Bendera Kita 5) Kami Anak Malaysia 6) Di Hari Penghabisan 7) Bumi Malaysia 8) Jalur Gemilang 9) Dirgahayu Tanahair Ku 10) Fikirkan Boleh 11) Ilham Pujangga 12) Kemegahan Negaraku 13) Keranamu Malaysia 14) Malaysia Baru 15) Malaysia Berjaya 16) 1Malaysia
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan MalaysiaTokoh-tokoh MalaysiaPejuang KemerdekaanDownload Lagu Patriotik
Detik KemerdekaanPencapaian Malaysia Setelah MerdekaDengar Radio OnlinePuisi Dan Sajak1 Malaysia
Tinggalkan Mesej Anda Di Sini |




