Meja Bulat Online 1Malaysia
Labels:
Meja Bulat Online 1Malaysia
Sesetengah idea dan cadangan yang dibangkitkan dalam dialog Meja Bulat Online 1Malaysia mungkin digunakan bagi merumuskan dasar-dasar kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata idea-idea itu mungkin digabungkan dalam Belanjawan akan datang yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini. Katanya dengan ini kerajaan akan dapat merasakan denyut nadi rakyat sebagai satu daripada manfaat dalam dialog meja bulat online. "Harap dapat digunakan sesetengah idea-idea, cadangan dan maklum balas yang dapat (dikemukakan dalam forum online)," katanya dalam ucapan aluan pada dialog Meja Bulat Online 1 Malaysia yang pertama dengan para pakar pelbagai bidang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 28 Julai 2011. Turut hadir dalam dialog itu ialah Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar, bekas pemain bola sepak Serbegeth Singh, personaliti televisyen Aznil Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan personaliti televisyen Lisa Surihani. Najib berkata dengan pembabitan personaliti yang disanjung tinggi, ia menyediakan peluang untuk mendapatkan penyertaan rakyat kerana perjalanan untuk mentransformasikan Malaysia memerlukan sokongan. "Kita perlukan mereka untuk memahami dan menghargai apa yang amat bermakna kepada kami untuk mengubah Malaysia dan ia merupakan aspek penting bagi mendapatkan penyertaan rakyat Malaysia," katanya. Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Najib berkata ia merupakan perbincangan yang sangat produktif dengan tokoh-tokoh ikon dan mereka telah memberi banyak cadangan untuk dipertimbangkan. "Kita akan cuba respons dengan sewajarnya. Mereka juga mahu terlibat dalam proses seterusnya juga. Sebaik saya dapat cadangan mereka yang khusus, kita akan pertimbangkannya. "Sebagai contoh, Shebby Singh telah memberikan laporan mengenai "Bagaimana Kita Boleh Menyemai Gaya Hidup Sihat di Peringkat Sekolah. Jadi, saya akan bawa kepada kementerian yang sepatutnya bagi pembangunan sukan. "Dan mereka dari industri musik telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai bagaimana para penghibur di negara ini tidak diberi ganjaran, hampir tidak mendapat ganjaran. Ini merupakan beberapa perkara yang perlu kita tangani," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Arkib Seminggu
Maklumat Berguna
Fakta Menarik Tentang MalaysiaTentang Jalur GemilangSenarai Perdana Menteri MalaysiaMaksud Bendera NegeriSenarai Menteri Di Setiap Negeri
1) Menteri Besar Johor 2) Menteri Besar Kedah 3) Menteri Besar Kelantan 4) Menteri Besar Negeri Sembilan 5) Menteri Besar Pahang 6) Menteri Besar Perak 7) Menteri Besar Selangor 8) Menteri Besar Terengganu 9) Menteri Wilayah Persekutuan 10) Ketua Menteri Melaka 11) Ketua Menteri Pulau Pinang 12) Ketua Menteri Sabah 13) Ketua Menteri Sarawak
Maksud Jata Negeri
1) Jata Negeri Johor 2) Jata Negeri Kedah 3) Jata Negeri Kelantan 4) Jata Negeri Melaka 5) Jata Negeri Pahang 6) Jata Negeri Perak 7) Jata Negeri Perlis 8) Jata Negeri Pulau Pinang 9)Jata Negeri Sabah 10) Jata Negeri Selangor 11) Jata Negeri Sembilan 12) Jata Negeri Serawak 13) Jata Negeri Terengganu
Lagu Dan Lirik Negeri
1) Lagu Dan Lirik Negeri Johor 2) Lagu Dan Lirik Negeri Kedah 3) Lagu Dan Lirik Negeri Kelantan 5) Lagu Dan Lirik Negeri Melaka 6) Lagu Dan Lirik Negeri Pahang 7) Lagu Dan Lirik Negeri Perak 8) Lagu Dan Lirik Negeri Perlis 9) Lagu Dan Lirik Negeri Pulau Pinang 10) Lagu Dan Lirik Negeri Sabah 11) Lagu Dan Lirik Negeri Sarawak 12) Lagu Dan Lirik Negeri Selangor 13) Lagu Dan Lirik Negeri Sembilan 14) Lagu Dan Lirik Negeri Terengganu
Lirik Lagu-lagu Patriotik
1) Negaraku 2) Tanggal 31 3) Malaysia Berjaya 4) Tegakkan Bendera Kita 5) Kami Anak Malaysia 6) Di Hari Penghabisan 7) Bumi Malaysia 8) Jalur Gemilang 9) Dirgahayu Tanahair Ku 10) Fikirkan Boleh 11) Ilham Pujangga 12) Kemegahan Negaraku 13) Keranamu Malaysia 14) Malaysia Baru 15) Malaysia Berjaya 16) 1Malaysia
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan MalaysiaTokoh-tokoh MalaysiaPejuang KemerdekaanDownload Lagu Patriotik
Detik KemerdekaanPencapaian Malaysia Setelah MerdekaDengar Radio OnlinePuisi Dan Sajak1 Malaysia
Tinggalkan Mesej Anda Di Sini |
0 comments:
Post a Comment