Perpaduan Politik
Labels:
Perpaduan Politik
Bumi ini harus terlepas dari belenggu penjajah, itulah tekad penduduk Tanah Melayu Apabila bendera 'Union Jack' diturunkan diiringi lagu God Save The Queen dan bendera Persekutuan dinaikkan, perasaan gembira dan terharu rakyat yang berhimpun di Padang Kelab Selangor Kuala Lumpur pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Acara bersejarah yang menandakan berakhirnya era penjajahan di negara ini dan lahirlah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat pada tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (pada 31 Ogos 1957) telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Pemimpin yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada negara tidak lain Tunku yang digelar 'Bapa Kemerdekaan'. Kemerdekaan negara sememangnya dirintis oleh Tunku yang memulakan usahanya melalui rundingan dengan kerajaan British pada Januari 1956. Rundingan tersebut berlangsung selama 3 minggu daripada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Kemudiannya pada 9 Mei 1957 Tunku sekali lagi pergi ke London bersama Datuk Abdul Razak Hussain, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan untuk meneruskan rundingan. Kata sepakat dicapai dan British bersedia memberikan kemerdekaan. Peranan Tunku, Perdana Menteri yang pertama dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu sememangnya bukan sedikit. Namun sebelum kemerdekaan dicapai oleh rakyat, pelbagai rintangan dan cabaran telah di harungi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan. Segalanya perjuangan terakhir telah bermula setelah Jepun menyerah kalah. Selepas British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union dikemukakan pada Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan supaya menyerahkan kuasa politik mereka kepada British. Pada 29 dan 30 Mac 1946 satu persidangan khas anjuran Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme Melayu, orang Melayu telah dengan lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu padu menentang rancangan Malayan Union. Kongres tersebut telah berjaya menggabungkan 41 pertubuhan Melayu pada masa itu dan kata sepakat diambil untuk tidak menerima cadangan Malayan Union. Maka pada 1 April 1946 iaitu tarikh asal penubuhan Malayan Union, tidak seorang pun raja Melayu hadir di istiadat pelantikan Gabenornya, Sir Edward Gent. Ini menimbulkan kesedaran kerajaan British bahawa orang Melayu menentang rancangan politik tersebut dan akhirnya cadangan Malayan Union dibatalkan. Dengan pembatalan penubuhan Malayan Union, British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu rancangan untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan di negeri Melayu tidak akan berjaya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1946 yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Dalam masa yang sama gerakan nasionalis semakin berkembang. Pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Johor Bahru berikutan resolusi yang dipersetujui di Kuala Lumpur (untuk menubuhkan satu parti politik). Dalam kongres tersebut UMNO ditubuhkan. Selain UMNO, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) juga wujud sebagai parti yang berpengaruh dalam mendaulatkan bangsa Melayu. Pemimpin-pemimpinya termasuklah Ahmad Boestamam, Mohtaruddin Laso, Dahari Ali dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ishak Mohamad. Terdapat juga kumpulan politik bercorak lebih keislaman dikenali sebagai Hizbul Muslimin yang bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin. Dasar pertubuhan itu ialah menubuhkan sebuah 'Negara Islam'. Golongan ini mengasaskan satu pertubuhan politik iaitu Parti Islam Se-Malaya atau Pas dalam tahun 1951. UMNO diterima oleh British sebagai parti Melayu. Dalam tahun 1949 seorang pemimpin Cina, Tan Cheng Lock telah menubuhkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association) iaitu MCA. Pada 1952 MCA diterima oleh UMNO. MCA dan UMNO bersetuju bekerjasama dan menubuhkan Perikatan. Kemudiannya Kongres India Tanah Melayu (Malayan Indian Congress) iaitu MIC ditubuhkan dan terus menyertai Perikatan. Bagi Sabah dan Sarawak perkembangan politiknya agak berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung. Sebelum 1841 kedua-dua negeri merupakan jajahan takluk kerajaan Brunei. Disebabkan beberapa pertimbangan dan keadaan politik, kerajaan Brunei telah menggadaikan Sarawak kepada James Brooke. Dalam tahun 1946 Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British yang menjadi jajahan British sehingga 1963. Sabah juga digadaikan oleh kerajaan Brunei kepada sebuah syarikat dinamakan The British North Borneo Chartered Company. Syarikat itu memerintah Sabah dari 1881 hingga 1946 sebelum diserahkan kepada kerajaan British. Sabah dan Sarawak kemudiannya menyertai Rancangan Malaysia pada 1963.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Arkib Seminggu
Maklumat Berguna
Fakta Menarik Tentang MalaysiaTentang Jalur GemilangSenarai Perdana Menteri MalaysiaMaksud Bendera NegeriSenarai Menteri Di Setiap Negeri
1) Menteri Besar Johor 2) Menteri Besar Kedah 3) Menteri Besar Kelantan 4) Menteri Besar Negeri Sembilan 5) Menteri Besar Pahang 6) Menteri Besar Perak 7) Menteri Besar Selangor 8) Menteri Besar Terengganu 9) Menteri Wilayah Persekutuan 10) Ketua Menteri Melaka 11) Ketua Menteri Pulau Pinang 12) Ketua Menteri Sabah 13) Ketua Menteri Sarawak
Maksud Jata Negeri
1) Jata Negeri Johor 2) Jata Negeri Kedah 3) Jata Negeri Kelantan 4) Jata Negeri Melaka 5) Jata Negeri Pahang 6) Jata Negeri Perak 7) Jata Negeri Perlis 8) Jata Negeri Pulau Pinang 9)Jata Negeri Sabah 10) Jata Negeri Selangor 11) Jata Negeri Sembilan 12) Jata Negeri Serawak 13) Jata Negeri Terengganu
Lagu Dan Lirik Negeri
1) Lagu Dan Lirik Negeri Johor 2) Lagu Dan Lirik Negeri Kedah 3) Lagu Dan Lirik Negeri Kelantan 5) Lagu Dan Lirik Negeri Melaka 6) Lagu Dan Lirik Negeri Pahang 7) Lagu Dan Lirik Negeri Perak 8) Lagu Dan Lirik Negeri Perlis 9) Lagu Dan Lirik Negeri Pulau Pinang 10) Lagu Dan Lirik Negeri Sabah 11) Lagu Dan Lirik Negeri Sarawak 12) Lagu Dan Lirik Negeri Selangor 13) Lagu Dan Lirik Negeri Sembilan 14) Lagu Dan Lirik Negeri Terengganu
Lirik Lagu-lagu Patriotik
1) Negaraku 2) Tanggal 31 3) Malaysia Berjaya 4) Tegakkan Bendera Kita 5) Kami Anak Malaysia 6) Di Hari Penghabisan 7) Bumi Malaysia 8) Jalur Gemilang 9) Dirgahayu Tanahair Ku 10) Fikirkan Boleh 11) Ilham Pujangga 12) Kemegahan Negaraku 13) Keranamu Malaysia 14) Malaysia Baru 15) Malaysia Berjaya 16) 1Malaysia
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan MalaysiaTokoh-tokoh MalaysiaPejuang KemerdekaanDownload Lagu Patriotik
Detik KemerdekaanPencapaian Malaysia Setelah MerdekaDengar Radio OnlinePuisi Dan Sajak1 Malaysia
Tinggalkan Mesej Anda Di Sini |
0 comments:
Post a Comment