Kedai Rakyat 1Malaysia

0 comments

Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.
Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.

Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.

Kami berharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia.

Lihat Senarai Produk Kedai Rakyat 1Malaysia : Klik Sini
Read On

Menu Rakyat 1Malaysia

0 comments

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Menu Rakyat 1 Malaysia di premis ”Q” Bistro Nasi Kandar di sini hari ini. Program bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian rakyat. Selain itu juga ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama dalam suasana kenaikan harga barangan global sekarang.

Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga RM2 bagi pakej sarapan dan RM4 bagi makan tengah hari. Ia boleh dikunjungi di seluruh Malaysia. Kepada para pengusaha kedai makan yang berminat untuk turut serta dalam program itu boleh memaklumkan kepada kementeriannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui pejabat cawangan negeri masing-masing. Apabila restoran mereka sudah didaftarkan di bawah program Menu Rakyat 1Malaysia,  pihak kementerian akan menyenaraikan restoran serta menu mereka yang ditawarkan di portal Pengguna 1Malaysia Bijak.

Lihat Senarai Gerai atau kedai makan yang terlibat : Klik Sini
Read On

Amanah Saham 1Malasia (AS 1Malaysia)

0 comments
Nama Tabung:  AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
Jenis: Pendapatan

Kategori: Ekuiti

Tarikh Pelancaran: 31 Julai, 2009

Objektif :
Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Pelabur Sasaran
Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

Kelayakan Warganegara Malaysia.
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).

Pengurus Pelaburan: Permodalan Nasional Berhad
Read On

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)

0 comments


Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa.
Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah KIR1M akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling.

'Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.Kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu. KIR1M akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam.

kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak.
Selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di KR1M bagi memudahkan orang ramai berbelanja.
Read On

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

0 comments

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)
1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian.
Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.
4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak.
3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000.
3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar.
6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.
7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja.
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Read On

Bantuan Kerajaan - Baucer Buku 1Malaysia

0 comments

1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.
Read On

Kebanggaan Malaysia - Proton

1 comments
Proton (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada

  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)



  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)



  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

    Sejarah Proton
    Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.



  • Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
    Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).

    Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.

    Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.

    Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.

    Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.

    Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

    Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.

    Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

    Proton Putra: Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.

    Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

    Proton Satria: Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.

    Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.

    Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.

    Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.

    Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.

    Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.

    Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi dan Volvo S40 generasi pertama (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.

    Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.

    Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda/6750rpm dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.

    Siapa Kata Kita Tidak Boleh
    1. Adakah kita bangsa yang tidak boleh menguasai teknologi? Tidak benar sama sekali. Jika berusaha keras dan tak mengenal penat tentu berhasil. Buktinya Proton.

    2. Dulu, 25 tahun lalu Malaysia ditertawakan dunia bila membuat kereta tin susu yang dinamakan Proton Saga. Enginnya dibuat oleh Mitsubishi. Rakyat Malaysia sendiri ramai mencemuh - katanya kereta kulit Malaysia tapi isinya Jepun.

    3. Masa itu, brake, pintu, cermin depan dan chasis semua diimport dari Jepun. Tiada syarikat tempatan yang tahu membuatnya. Tapi selepas 25 tahun itu, semua komponen dibuat syarikat tempatan. Tiada lagi import.

    4. Mungkin pencapaian yang paling tinggi ialah bila Proton berjaya mencipta engin sendiri iaitu Campro. Akhirnya evolusi pembuatan teknologi kereta dapat dikuasai sepenuhnya. Dan semua itu dicapai dengan kesusahan dan cita-cita keras.

    5. Ada hampir 3,000 jurutera mahir Melayu bekerja di Proton. Jurutera Melayu. Bangsa yang dikatakan malas buat kereta? Ha ha ha … Bangsa ini boleh rupanya menguasai teknologi.

    6. Tentulah ramai rakyat Malaysia dan pengguna ada yang bersungut dengan kualiti Proton yang turun naik tetapi pembuat kereta ini semakin berusaha memantapkan kualiti.

    7. Yang tidak ramai tahu terdapat hampir 100 perusahaan komponen kereta menjadi perusahaan yang bertaraf dunia iaitu mampu membuat komponen untuk Honda, GM, Nissan dan lain-lain seperti syarikat pembuatan Ingress dan APM.

    8. Proton memang kebanggaan rakyat Malaysia. Di Malaysia mungkin tak terucap di mulut tetapi hati tetap kembang bila melihat Proton meluncur dijalan raya negara lain. Mulut tetap senyum bila melihat pencapaian kecil ini.

    9. Malah bukan setakat Proton, ada dua lagi perusahaan kereta dari Malaysia yang sedang naik iaitu Produa dan Naza. Satu hari nanti pasti kereta buatan ketiga-tiga perusahaan Malaysia ini berluncuran keseluruh dunia.

    10. Siapa kata kita tidak boleh buat jika kita betul-betul mahu?

    Read On

    Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

    0 comments
    Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.
    Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

     Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

    Spesifikasi Teknikal Duit Syiling Baru Malaysia

    Nilai Muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
    Logam Nikel Loyang Bersalut Kuprum Nikel Loyang Keluli Tahan Karat Keluli Tahan Karat
    Garis pusat (mm) 22.65 20.60 18.80 17.78
    Berat (gram) 5.66 4.18 2.98 1.72


    Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia

    Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

    Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)

    Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan..


    50 Sen - Salur Kacang
    Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.

    20 sen – Bunga Melur
    Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
    10sen baru Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke 3

    10 Sen – Motif Orang Asli
    Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
    5sen baru Fakta Menarik Tentang Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ke

    5 Sen – Destar Siga
    Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

    Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih. Untuk keterangan lanjut tentang wang syiling baru ini sila rujuk Bank Negara.
    Read On

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54

    0 comments
    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua umat Islam di Malaysia dan Seluruh dunia serta tidak lupa juga ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54" buat negara kita yang tercinta, Malaysia.

    Sebagai masyarakat yang berwarganegara Malaysia, kita tentu mempunyai banyak sebab untuk melahirkan rasa bangga dan penuh kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bukan saja aman damai, makmur sejahtera, malah penuh aneka budaya yang membentuk satu perpaduan serta gagasan 1 Malaysia.

    Sepanjang 54 tahun negara menyambut kemerdekaan, banyak sebenarnya yang boleh kita banggakan terhadap produk serta pencapaian anak-anak tempatan baik di dalam negara mahu pun di mata dunia. Pertembungan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan kita sebuah negara berbilang bangsa yang cukup menarik serta unik. A very truly Asia. Mungkin ada kalanya sukar untuk kita bertoleransi dalam beberapa hal, namun kita masih mampu bersatu dan menjadi Satu Malaysia sepertimana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Barangkali kita tidak akan mampu menilai erti kemerdekaan dalam konteks yang sebenarnya sepertimana masyarakat terdahulu. Namun, cukuplah kalau kita sekadar mampu menghargai perjuangan mereka, menyayangi negara dan berbangga menjadi anak Malaysia.
    Read On

    Apa Itu Politik Permuafakatan

    0 comments
    Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel .

    Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969. Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.

    Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain.

    Seterusnya pula adalah Kuasa veto. Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.

    Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan. Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.

    Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental iaitu di mana setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk kaum yang di wakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya. Melalui kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.
    Read On