|
Showing posts with label Ismail Bin Abdul Rahman. Show all posts
Showing posts with label Ismail Bin Abdul Rahman. Show all posts
Tun Dr. Ismail0 comments
Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Hj. Abdul Rahman (4 November 1915 - 2 Ogos 1973), lebih dikenali sebagai Tun Dr Ismail, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak.
Pendidikan Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, (dulu dikenali sebagai English College), Johor Bahru. Setelah menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajiannya ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia untuk menambahkan ilmu perubatannya di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne, Australia. Jawatan semasa hayat Tun Dr. Ismail terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai presiden UMNO, dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951. Tun Dr. Ismail menjadi duta pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. kedua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Tun Dr. Ismail menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak. Tun Dr. Ismail sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN) dan meminta Tun Dr. ismail membantunya. Tun Dr. Ismail kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973. Semasa hayat beliau, Tun Dr. Ismail pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970. Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents." Apabila Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Beliau merupakan pahlawan negara pertama dikebumikan di situ. Meninggal dunia Pada 1973 beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ. Kata-kata Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah ' Jangan sapu ke bawah permaidani'. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei. Sumber : Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)
Arkib Seminggu
Maklumat Berguna
Fakta Menarik Tentang MalaysiaTentang Jalur GemilangSenarai Perdana Menteri MalaysiaMaksud Bendera NegeriSenarai Menteri Di Setiap Negeri
1) Menteri Besar Johor 2) Menteri Besar Kedah 3) Menteri Besar Kelantan 4) Menteri Besar Negeri Sembilan 5) Menteri Besar Pahang 6) Menteri Besar Perak 7) Menteri Besar Selangor 8) Menteri Besar Terengganu 9) Menteri Wilayah Persekutuan 10) Ketua Menteri Melaka 11) Ketua Menteri Pulau Pinang 12) Ketua Menteri Sabah 13) Ketua Menteri Sarawak
Maksud Jata Negeri
1) Jata Negeri Johor 2) Jata Negeri Kedah 3) Jata Negeri Kelantan 4) Jata Negeri Melaka 5) Jata Negeri Pahang 6) Jata Negeri Perak 7) Jata Negeri Perlis 8) Jata Negeri Pulau Pinang 9)Jata Negeri Sabah 10) Jata Negeri Selangor 11) Jata Negeri Sembilan 12) Jata Negeri Serawak 13) Jata Negeri Terengganu
Lagu Dan Lirik Negeri
1) Lagu Dan Lirik Negeri Johor 2) Lagu Dan Lirik Negeri Kedah 3) Lagu Dan Lirik Negeri Kelantan 5) Lagu Dan Lirik Negeri Melaka 6) Lagu Dan Lirik Negeri Pahang 7) Lagu Dan Lirik Negeri Perak 8) Lagu Dan Lirik Negeri Perlis 9) Lagu Dan Lirik Negeri Pulau Pinang 10) Lagu Dan Lirik Negeri Sabah 11) Lagu Dan Lirik Negeri Sarawak 12) Lagu Dan Lirik Negeri Selangor 13) Lagu Dan Lirik Negeri Sembilan 14) Lagu Dan Lirik Negeri Terengganu
Lirik Lagu-lagu Patriotik
1) Negaraku 2) Tanggal 31 3) Malaysia Berjaya 4) Tegakkan Bendera Kita 5) Kami Anak Malaysia 6) Di Hari Penghabisan 7) Bumi Malaysia 8) Jalur Gemilang 9) Dirgahayu Tanahair Ku 10) Fikirkan Boleh 11) Ilham Pujangga 12) Kemegahan Negaraku 13) Keranamu Malaysia 14) Malaysia Baru 15) Malaysia Berjaya 16) 1Malaysia
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan MalaysiaTokoh-tokoh MalaysiaPejuang KemerdekaanDownload Lagu Patriotik
Detik KemerdekaanPencapaian Malaysia Setelah MerdekaDengar Radio OnlinePuisi Dan Sajak1 Malaysia
Tinggalkan Mesej Anda Di Sini |