Gerbang SMS Kerajaan my SMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.
OBJEKTIF GERBANG SMS KERAJAAN MySMS
- Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;
- Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama; dan
- Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.
JENIS PERKHIDMATAN SMS
Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS termasuklah:
- SMS Maklumat di atas permintaan (Information On Demand) - Penghantaran maklumat kepada orang ramai yang memohon. Contoh semakan status permohonan lesen, permit dan keputusan peperiksaan
- SMS Dokumen di atas permintaan (Document On Demand) - Penghantaran dokumen kepada orang ramai yang memohon. Contoh borang permohonan jawatan kosong, tips keselamatan jalan raya dan jadual perjalanan keretapi SMS Broadcast - Penghantaran SMS hebahan dari agensi Kerajaan kepada orang ramai. Contoh notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan, hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu
- SMS Aduan - Penghantaran SMS aduan dari orang ramai kepada agensi Kerajaan
CAJ PERKHIDMATAN SMS
Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah:
- Caj bagi perkhidmatan yang dipohon oleh pengguna adalah RM 0.35 akan ditanggung oleh pengguna seperti pertanyaan status Pemilihan Pelatih Khidmat Negara atau semakan waktu solat dari JAKIM.
- Caj bagi perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi Kerajaan adalah RM 0.10 akan ditanggung oleh agensi Kerajaan seperti notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan atau pemberitahuan tarikh luput lesen memandu
Untuk ahli komuniti mySMS, sila Log Masuk di sini. Log masuk dengan menggunakan no ahli atau no telefon.
No comments:
Post a Comment