Jalur Gemilang Suatu Perkara Yang Mudah iaitu tidak lebih Dari Secebis kain Berwarna,Namun Begitu kerananya Manusia Sanggup Bermati-Matian
Jata Negeri Selangor
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
Jata Negeri Terengganu
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
Bendera Labuan
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.
Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
Bendera Putrajaya
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Bendera Kuala Lumpur
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.
Bendera Johor
Bendera Kedah
Bendera Kelantan
Bendera Melaka
Bendera Negeri Sembilan
Bendera Pahang
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.
Bendera Perak
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Bendera Perlis
Bendera Pulau Pinang
Bendera Sabah
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
Bendera Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
Bendera Terengganu
Bendera Negeri Terengganu memang unik kerana latar belakang yang berwarna putih adalah bermaksud Duli Yang Maha Mulia Sultan dan yang berwarna hitam adalah rakyat. Ini bermakna Sultan akan adalah pelindung kepada rakyat negeri Terengganu.
Bulan dan bintang adalah bermaksud Agama Islam kerana agama rasmi Terengganu adalah Islam.
Lagu Dan Lirik Negeri Melaka
Melaka Negeri Melaka
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat jelata sudah bersatu padu
Berikrar ta'at setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya
Lagu Dan Lirik Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan
Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
Lagu Dan Lirik Negeri Terengganu
Allah peliharakan Raja kami
Memerintah Terengganu Negeri
Allah pelihara Raja kami
Sejahtera suami isteri
Allah pelihara Raja kami
Sejahtera rakyat Negeri
Lagu Dan Lirik Negeri Sabah
Sabah tanahair ku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi
semua marilah
bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka
Lagu Dan Lirik Negeri Perlis
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Kekalkan daulat serta adil
Bagi perintah Jamalullail
Lagu Dan Lirik Negeri Kedah
Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara ugama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata
Lagu Dan Lirik Negeri Perak
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan makmur memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Lagu Dan Lirik Negeri Sarawak
Sarawak negeriku berdaulat merdeka
Rakyatnya hidup teguh bersatu padu
Semua berazam terus berkhidmat
pada negara
Sentiasa maju pertiwi
Bahagialah tanahairku
Sarawak negeri yang ku cinta ku puja
Untuk mu ku rela korban jiwa raga
Abadikan Sarawak ya Tuhan dalam Malaysia
Lagu Dan Lirik Negeri Pilau Pinang
Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri ku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeri ku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita
Lagu Dan Lirik Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia
lagu Dan Lirik Negeri Sembilan
Berkatlah Yang Di Pertuan Besar
Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
kan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Di Pertuan Besar
Negeri Sembilan
Lagu Dan Lirik Negeri Pahang
Ya Allah yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa abadi
Ya Allah selamatkan kebawah Duli
Raja kami
Lagu Dan Lirik Negeri Kelantan
Selamat Sultan Kelantan Darul Naim
Lanjutkan usia Sultan kami
Sultan Kelantan Raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Berkekalan masa memerintah kami
Kasih dan taat disembahkan
Sepenuh keriangan patek ucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Darjah kemuliaan Allah tambahkan
Maksud Bendera Negeri Selangor
Bendera Selangor mempunyai empat bahagian yang berwarna kuning dan merah. Setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri. Warna kuning bermaksud danging dan merah bermaksud darah. Daging dan Darah adalah unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri Selangor ini.
Bulan dan bintang yang berda diatas sebelah kiri adalah menunjukkan Islam adalah agama rasmi Negeri Selangor. Untuk menunjukkan kesucian Agama Islam diwarnai dengan Warna Putih.