Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morsidi Sidik, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.
Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Kuching, tanpa batu nisan. Namun pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula di Sibu.
No comments:
Post a Comment