- Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
- Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
- Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
- Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang.Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
- Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
- Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
- Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
- Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
- Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Tempat
Jalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:
- Kediaman
- Kedutaan
- Bangunan (di luar, di dalam, di atas)
- Pejabat
- Kapal / Feri / Bot
- Kapal Terbang
- Kereta
Hari
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.
Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.
Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:
Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Hari Kebangsaan
Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.
Masa
Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:
Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan
Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.Sekolah-Sekolah
Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat.Kapal dan Feri
Dikibarkan sepanjang hari.
Susunan Keutamaan
Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:
1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang
2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)
3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah diwujudkan)
4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
6. Bendera Syarikat
No comments:
Post a Comment